Aimee dan kenduri kawin

Jumaat lepas kami sekeluarga (belah mertua) cuti beramai-ramai.. sebab mau pigi kenduri kawin back to back daripada hari Sabtu sampai hari Ahad. Jauh pulak tu, ke Kelantan dengan Bentong.

Sebenarnya, mula-mula PIL sia cakap kami bertiga anak-beranak ndak payah pigi. Iyalah… Diorang takut si Aimee penat dan rasa ndak selesa. Tapi, ndak tau kenapa, sia dengan hubby, semenjak Aimee lahir, makin rajin pulak kami ke majlis2 kawin, open houses dan apa-apa jemputan lah (mama Aimee sebenarnya ya rajin. Ayahnya? Hmmmm.. kenaklah ikut kan kalau mamanya mau pigi.. hehehhe)…..

Kami konvoi 3 kereta. Gerak lepas subuh. Siap singgah tol karak breakfast Mc D lagi… (Mc D di tol karak? Hehehhe.. Mc D drive thru dan Makan pinggir jalan jak lah… Heeeeee….)… Makan 8 jam jugak baru sampai…

Sampai Kelantan, siapkan CEO kecik dululah, sebab pagi tadi dia sendiri jak yang ndak mandi.. hehehhehe…. Lepas tu, ada yang pigi Rantau Panjang. Sia? Walaupun ndak pernah pigi dan teringin pigi, ndaklah pigi… Macam mana pulak dengan anakku si Aimee itu kan? Memanglah ramai yang sudi untuk menjaganya.. Tapi, susunya bagaimanalah pulak kan? Kesian pulak kalau dia terpaksa minum formula walhal mamanya mampu bagi susu badan kan? Telan air liur jaklah mama Aimee wei..

Malam, kami 3 beranak bersama PIL and SIL pigi rumah pengantin tengok2 persiapan.. Sibuk jugak mau ikut kan kami bertiga ni… hehehhe…. Balik, Aimee terus ngantuk.. Sedap dia tidur…

Hari Sabtu, kenduri. Lepas check out hotel, terus ke rumah pengantin. Lepak2 tunggu bergambar semua, terus gerak balik. Kami bertiga dengan PIL singgah tidur di Bentong sebab besok kawin di Bentong pulak. CEO kecik pertama kali ni tidur di Bentong. Melalak minah tu malam2 sebab siangnya dalam kereta dia asyik tidur jak. Terbangun semua penduduk Benus dek kerana lalakan minah tu. Kui kui kui…. Nasib lah… Anakku itu mau bermain….

Besoknya, kawin di Bentong. Lepas bersanding semua, kami pun gerak balik KL. Fuh! Penat wooo….. Aimee pun bukan main lena tidur…

Tidur dulu semantara tunggu mama siap

Tidur dulu semantara tunggu mama siap

Minah excited mau pigi orang kawin

Minah excited mau pigi orang kawin

Aimee cuba2 bermesra dengan auntie Jiba...

Aimee cuba2 bermesra dengan auntie Jiba...

p/s:

1. hari ini hubby pigi Kelantan lagi sebab kerja sampai hari Rabu.. Kesian hubby terpaksa lalui jalan yang sama lagi… penat 3 hari lepas pun belum habis lagi. mesti rasa macam yeaks! Sabar ayah eik! Jaga diri baik2…
2. Semua orang cakap Aimee suka pigi majlis kawin macam mamanya… ndak meragam walaupun panas terik… yang penting, perut kenyang… hehehhe…. Bagus jugak.. Boleh jadi peneman mama kalau lain kali ayah malas mau pigi majlis ya sayang!
3. Aimee sudah 2 kali jejakkan kaki ke Kelantan walhal umur belum sampai 3 bulan… Ni minah wanita UMNO ka, wanita PAS ni? Ehehhehe…. No comment!

Advertisements

7/8 to 3/ 4

Last time, when I was still single, I used to sleep up to 10 hours a day in weekdays. Then, when I get married, it reduced to 7 to 8 hours a day.

Now, when I have Aimee, it then reduced again to 3 to 4 hours a day. Not to be mention sometimes I only have an hour or 2 before get up for working.

Am I feeling tired? Of course I am.

Am I feeling stress? Nope!

Am I feeling regret? Of course not!

Am I not happy? I am happy!

Am I having bad mood? Sometimes I do feel bad mood, but still I feel sooooo soooo happy. I’m now being more efficient compared to my previous phase of life. It’s seriously a big change that I and hubby could really feel it and enjoy it.

Having a baby not an easy task, for me lah. I don’t know for others. But still I’m sooooo happy. All the “not happy” things will automatically turns to “happy” once I see my baby’s face. She is like a magic that Allah granted to us to make our life happier. I’m so grateful ya Allah! Thank you so much!

For Aimee, Mama just wants you to know that Mama and Ayah never feel stress or regret to have you dear. We were so happy that you finally born to this world to complete everything that Mama and Ayah feel incomplete (though you make Mama cry once, when you come out 11 days late from the expected date). Lots of good things happened now after Mama delivered you. And all of them cheer up Mama, Ayah, your onyang, your grandpas, grandmas, aunties and uncles. We love you so much our dear Aimee!

Image003

Image009

Pull/Push

Sia memang ndak paham kenapa orang masih menolak pintu itu sedangkan di pintu itu jelas terpampang tanda ini

ist2_7399948-classic-wood-framed-doors-with-golden-handle-and-pull-sign

Kenapakah???

Adakah sebab:
1. Memang ndak perasan tanda itu? atau
2. Perasan tapi Ndak tahu membaca tanda itu? atau
3. Tahu membaca tapi Ndak paham maksud tanda itu? atau
4. Paham maksud tapi Memang ndak kisah pun dengan tanda itu? atau
5. Ah! Malas ah aku mau tarik pintu ni, tolak kan lagi senang…

Tepuk dada, Tanyalah …… Eh! Lu pikirlah sendiri lu pernah buat ka ndak…

Apalah salahnya ikut arahan pada pintu tu? ndaklah rosak lantai pejabat orang tu. Haish!

Sabar tu kan separuh daripada Iman…

Mamak dulu selalu berpesan:

Sabarrrr… sabar itu kan separuh daripada iman….

Betul cakap mamak… sabarrrrr…..

Sia bersyukur… Dengan kelahiran Aimee, sia lebih banyak belajar untuk bersabar…
Sangat perlu bersabar… Untuk segala-segalanya….

Ya Allah! Kau berilah aku kesabaran ya Allah!
Janganlah Kau tarik kesabaranku ini ya Allah! Ku perlu hidayah-Mu ya Allah!
Hanya Engkau tempat aku meminta.. Tolonglah aku ya Allah!
Amin, Amin ya Rabbal Alamin….

Jamuan Raya Ofis

Hari ini punyalah ndak efisiennya. Manakan tidak, ada jamuan di ofis ni. Mula jam 9 pagi sampai sepanjang hari. Jadinya, makan sepanjang harilah… Hahahhaha.. Siap ajak Puan Dongan makan lunch skali lagi.. Makanan punyalah banyak!!!!! Fuh! Macam-macam ada….

Sangat meriah ok jamuan ni! Semua orang berpakat-pakat masak. Ada lemang, lemang jagung, nasi beriyani, lontong, nasi impit, kuah kacang, sate daging, sate ayam, rendang daging, rendang ayam, roti jala, kuih-muih, biskut raya, dadih dan macam-macam lagilah…

Sia dengan berbesar hati meng’offer” masak rendang daging (nota: tuh jak pun yang sia tahu masak lauk-pauk raya ni.. kah kah kah). Nasib baiklah kawan-kawan sepejabat cakap rasanya ok. Hehehhe…. Bukan senang ooo mau memasak rendang bila ada anak kecik ni. Iyalah, baru kacau bumbu rendang tu, Aimee sudah merengek mau menetek. Barulah sia paham kenapa orang cakap kalau ada anak kecik ni banyak kerja boleh tertangguh. Nasib baik ada Hubby tolong kacaukan. TQ Ayah!

Cerita banyak-banyak pun ndak guna kan. bagus kita layan gambar…..

Orang-orang kuat AJK menghias sebelum jamuan bermula

Orang-orang kuat AJK menghias sebelum jamuan bermula

Susun-susun makanan

Susun-susun makanan

Sebelum makan, bergambar beramai-ramai dulu

Sebelum makan, bergambar beramai-ramai dulu

makan time

makan time

makan time lagi

makan time lagi

Inilah kami di Unit Kualiti, DOkumentasi & Khidmat Sokongan

Inilah kami di Unit Kualiti, DOkumentasi & Khidmat Sokongan

Bunga-bungaan di unit kami

Bunga-bungaan di unit kami

And last but not least…

Kami sebilik bersama dengan bos kesayangan kami.. ehehhee...

Kami sebilik bersama dengan bos kesayangan kami.. ehehhee...

Peminat Drama Melayu?

Ya! Sia memang seorang peminat drama-drama melayu.. Terutamanya yang ditayangkan di TV3… Samada dalam slot Samarinda, Lagenda dan Akasia. Kebanyakannya memang sia minati dan sia ikuti jalan ceritanya jika ada masa yang terluang. Tapi, pemilihan drama yang sia minati akan bergantung kepada pelakonnya jugak. Kalau pelakonnya memang yang top top, memang ndak akan dilepaskan, lebih-lebih lagi macam Elly Mazlin ka, Jasmin Hamid ka, Nasha Aziz ka, Lisdawati ka, memang bertambah tip top! Menjadi lebih sedaplah jalan cerita drama tu.

Drama terkini yang berjaya sia khatam ialah drama Senandung si Dayang.

Sia mula-mula tertarik dengan drama ni sebab gazet di TV3 memaparkan Elly Mazlin. Ingatkan Elly Mazlin pelakon utama, rupa-rupanya ndak. Tapi, ndak apa, ok jugak jalan ceritanya. Almy Nadia yang digandingkan dengan Aqasha sebagai pelakon utama boleh dikatakan berjaya membawa watak masing-masing sehinggakan menyebabkan sia ketagih untuk mengikuti jalan ceritanya dari sehari ke sehari. Nasib baik ending nya boleh tahan.

Sekarang ni, sia baru mula mengikuti drama Sumpah Bunian pulak. Teringin betul tengok minah Nora Danish melakonkan watak selain watak manja-manjanya dalam drama “Puteri” tu.

Tapi, satulah pendapat sia pasal drama Melayu ni, yang paling ndak best, selalunya episode terakhir tu ala-ala macam terjun gaung… Episod terakhir tuh lah disumbatkan pelbagai adegan. Sampai nampak macam kelam kabut dan ndak sabar-sabar untuk ditamatkan. Sedang syiok-syiok tengok, tup tup tiba-tiba episode terakhir… Huh!

Rasanya pembuat drama Malaysia (nota: sebenarnya ni pun apply untuk drama Indon. Sama jak suka buat terjunan gaung) patut mengambil kira pasal hal ni untuk mencantikkan lagi jalan cerita dan ending untuk satu-satu drama yang diorang buat. Baru sedap untuk ditonton.. Hehehhe.. Ini pendapat sia lah, seorang peminat drama Melayu tegar. Berbulu jak hubby kalau sia tengok drama Melayu. Masa tu lah ndak boleh diganggu, dan yang paling penting masa tu lah sia akan kuasai satu-satunya TV yang kami ada. Ehehehhe…. Kijam kan?

Kamurang bagaimana? Minat dengan drama Melayu? Sokonglah industri drama Melayu kita… Ceh! Ceh! Ceh! Ala-ala kempen berbayar pulak :mrgreen:

Raya Aidilfitri 2009

Raya kami sekeluarga tahun ini bertambah meriah dengan kehadiran si kenit Aimee. Serba serbi si kenit pasti akan diutamakan. Pagi raya, mama pun sibuk macam orang mau pigi solat raya. Sibuk menyiapkan si kenit. Siap mandi, berbaju dan menyusukan, baru mama bersiap-siap mandi dan tukar baju.

Tahun ni, sia dengan hubby ndaklah sibuk membeli baju baru untuk Aimee sebab baju yang orang bagi pun masih ada yang baru dan belum dipakai. Lagipun buat apa membazir beli baju banyak-banyak kan? Wasatiah… Mama dan ayah pulak? Illek! Kami pakai baju yang sedia ada jak. Yang penting, raya tetap meriah. Aimee pun beraya sakan tahun ni. Banyak tempat dia beraya, sampai penatlah si kenit tuh.

Pagi raya pertama, kami beraya di rumah mertua sia di Taman Permata sebelum gerak ke Serdang, rumah cik Noi dan bermalam di sana. Malam tu sempat jugak ke rumah Atok sedara Aimee, Atok Bari…

Raya kedua, kami beraya di Bentong. Sempatlah beraya ke 3 rumah. Rumah Tok Alang, Tok Andak dengan rumah onyang Aimee sebelah FIL. Lewat petang pulak, kami gerak ke Cheras, rumah onyang sedara Aimee belah MIL.

Raya ketiga, kami ke Kuang, rumah onyang sedara Aimee sebelah MIL sebelum ke Gombak, rumah Onyang angkat Aimee sebelah MIL.

Raya keempat pulak, kami ke Jenderam, rumah opah sedara Aimee sebelah MIL. Raya sakan Aimee akhirnya ditamatkan di Kg. Melayu Subang sebelum balik tidur dan melentok dan menetek dengan mamanya.

Duit raya? Memang sakan jugak! Bolehlah mama tabungkan Aimee ke akaun Tabung Hajinya.. alhamdulillah….

Ok, puas cerita kisah raya sakan Aimee, kita layan gambar raya pulak…

keluarga kami

keluarga kami

Si kenit ni suka bergambar tu… Ndak percaya, tengok gambar-gambar ni..

Pagi Raya

Pagi Raya

IMGP2493

IMGP2484

IMGP2485

IMGP2490

Puas beraya dan bergambar sakan, apa lagi? Menetek session la…

Raya, raya jugak. Menetek jangan dilupa...

Raya, raya jugak. Menetek jangan dilupa...