Cukupkah?

Duit ataupun masa?

Memang menjadi lumrah manusia ndak pernah rasa puas/cukup dengan apa yang ada. Sia mengaku, sia jugak pernah berada di tempat itu suatu masa dulu.

Mula-mula, dulu lepas habis belajar, biasalah kan.. Apa lagi yang mau dikejar selain daripada duit.. duit… dan duit lagi…

Alhamdulillah 3 bulan selepas habis belajar, sia dapat kerja di syarikat A dengan gaji yang boleh dikatakan ok lah jugak bagi fresh graduate pada masa itu. Selepas hampir 2 tahun bekerja, sia ditawarkan pulak oleh syarikat B yang bagi gaji hampir 2 kali ganda dari gaji yang sia dapat di syarikat A. Siapa yang ndak mau kan? Duit beb! Jadi, dipendekkan cerita, sia terimalah tawaran tu tanpa berfikir panjang. Banyak mau pakai duit ni… Kawin, tolong mamak, bapak, nenek, atok dan adik-beradik yang masih belajar… Kira berbaloilah pindah kerja… Semua orang dapat faedah…

Tapi, lepas setahun bekerja di syarikat B, sia mula merasakan ada sesuatu yang lain yang lebih sia perlukan selain daripada gaji yang sia dapat, iaitu MASA. YA! MASA. Sepanjang sia bekerja si syarikat B tu, masa sia banyak dihabiskan di pejabat daripada di rumah. Hujung minggu pun kerja, kerja dan kerja… Sia mula memikirkan macam mana pulak bila sia sudah kawin, sudah ada anak? Tapi, ndak kan mau komplen pulak kan? Gaji besar, tanggungjawab pun mestilah besar, expectation daripada syarikat tempat kita bekerja pun besarlah…

Berbalik pada cerita sia tadi. Lepas merasa bekerja dengan gaji yang lebih banyak tetapi dengan kekangan waktu yang singkat, sia mula memikirkan untuk mencari kerja yang memenuhi kehendak sia…. Yang boleh bagi lebih banyak masa kepada sia… Walaupun dengan gaji yang kurang…

Alhamdulillah, selepas 2 tahun bekerja di syarikat B, akhirnya sia diterima masuk ke skim pekerjaan yang boleh memberikan sia apa yang sia hajati.. dan semestinya dengan gaji yang kurang daripada apa yang sia dapat di syarikat B. Tapi, sia amat-amat bersyukur sehinggalah sekarang… Kerana pada sia, masa bersama keluarga adalah lebih penting daripada segala-galanya.. Duit memang penting. Sebab itu, sia masih bekerja sampai sekarang walaupun dalam hati, kalau boleh rasa macam mau berhenti jak (kalau berhenti, siapa pula mau bayar hutang PTPTN, hutang kereta, hutang rumah tu, tolong keluarga sia?).

Walaupun kadang-kadang ada rasa cemburu di hati melihat kawan-kawan dengan gaji yang banyak, Alhamdulillah… sia dengan hubby ndak mau tamak lagi.. Kami sedar kami hanya boleh pilih satu jak antara masa dan duit… Kami sekarang gembira dengan apa yang kami ada. Kami perlukan duit dan dalam masa yang sama, perlukan masa untuk bersama keluarga. Inilah kehidupan kami yang kami rasa patut kami syukuri. Cukup untuk bayar hutang.. cukup untuk makan minum, pakai, simpan sikit-sikit dan cukup untuk berbakti pada ibu bapa yang telah membesarkan kami selama ini. Walaupun tanpa shopping sakan sesuka-suka hati atau melancong ke luar negara setiap tahun, kami syukur, alhamdulillah…. Cukuplah jugak untuk kami ke over the sea tiap-tiap tahun ke Tawau, kampong halamanku terchenta.. hehehhe…..

Anda? Duit atau masa? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…. Sesuatu harus dikorbankan untuk mendapatkan sesuatu yang satu lagi…. Sentiasalah muhasabah diri bila terasa down atau terasa orang lain lebih baik daripada diri kita… Bersyukurlah dengan apa yang ada. Walau apa pun kerja yang kita lakukan, ikhlaslah…. Mudah-mudahan rezeki kita sentiasa diberkati oleh-Nya…. Aminnnnn…………

1 hari lagiiiiii………….

Macam-macam berlaku kebelakangan ni yang membuatkan sia buat-buat sibuk meng ‘update’ blog kesayangan sia ni… Ehehehhe….

4hb Julai hari tu, sia dengan hubby ke Hospital Pantai Ampang. Ada kelas antenatal percuma daripada jam 2.00 petang-6.30 petang. Ok jugak. Dia ajar berkaitan dengan keabnormalan kelahiran bayi, fasa-fasa kelahiran, diet-diet ibu mengandung, ubat penahan sakit untuk melahirkan dan penyusuan susu ibu. Selain itu, di akhir sesi, peserta dibawa bersiar-siar melihat kemudahan bersalin di Hospital Pantai Ampang. Dan tidak dilupakan, mestilah ada promosi berkaitan pakej sekiranya ingin melahirkan di hospital diorang kan? Sesi ceramah ni ditaja oleh Wyeth Nutrition. Memang best. Siap ada heavy hi-tea yang sedap dan free goodies lagi tau! Memang recommended la untuk dihadiri oleh para bakal-bakal ibu bapa yang 1st timer macam sia dengan hubby ni. Sangat informatif!

Free goodies: Magazine, car sunscreen protector, towel, blink blink pouch bag, Lactacyd feminine hygiene & preggy T-shirt,

Free goodies: Magazine, car sunscreen protector, towel, blink blink pouch bag, Lactacyd feminine hygiene & preggy T-shirt,

5hb Julai pulak, buat kali pertamanya sepanjang sia mengandung ni, sia ajak hubby pigi melantak durian di tepi jalan. Selama ni, menahan diri sebab takut kesan kepanasan di malam hari. Takut mengganggu tidur malam yang indah itu.. Tapi, itu hari sudah tidka boleh tahan lah.. Mana-mana pigi asyik nampak durian jak.. Aish! Ndak boleh jadik ni! Port yang menjadi pilihan adalah gerai durian berdekatan Jusco Setiawangsa. Puas hati mak buyung dapat makan durian di petang hari. Lepak jam 3 petang pulak tuh! Nasib baik cuaca ala-ala mendung ndak mendung, panas ndak panas. Just nice untuk membolehkan kami melantak dengan sepuasnya.. Hehhehe….

durian itu membuatkanku lupa dunia sekejap :cool:

durian itu membuatkanku lupa dunia sekejap 😎

Pada hari yang sama jugak, sia dapat sepupu lelaki baru… Ini bermakna, anak yang sia lahirkan nanti akan mendapat pakcik yang sebaya… Hehehhe… Keluarga sia memang macam ni… Pakcik-pakcik sia pun memang sebaya-sebaya dengan sia adik-beradik jak pun. Bapak kepada sepupu sia yang baru lahir ni pun muda setahun daripada sia…. Jawabnya, keluarga kami akan berterusan lah ada pakcik makcik dan anak kemanakan (anak saudara) yang lebih kurang sebaya sampai bila-bila….

bangunlah sayang wei!

bangunlah sayang wei!

Malam hari pulak, kami ke Satay Station yang terletak di Ampang. PIL sia belanja makan satay… Memang sedap dan lain daripada satay-satay yang biasa dimakan. Tang kuah dengan satay dagingnyalah yang paling istimewa berbanding satay-satay di tempat lain. Kuah kacang sedap dan pekat. Satay daging lembut yang amat… Sedapppppp! Harus dicuba!

Mak buyung yang kekenyangan.. BRpppp! Alhamdulillah....

Mak buyung yang kekenyangan.. BRpppp! Alhamdulillah....

9hb Julai pulak, adik lelaki sia ndak balik rumah sampai lewat malam. Sia punyalah risau sebab telefon pun dia ndak angkat. Sekali tengah malam kawannya telefon bagitau dia ndak balik. Sia punya risau jangan cakaplah kan. Panas hati jugak dibuatnya. Bila sia balik petang Jumaat tu, baru sia tau rupa-rupanya dia kemalangan motor malam tu. Nasib baik ndak teruk. Kesian dia. Sedih pun ada kakaknya yang sensitif ni. Bila ditanya, dia cuma cakap ndak mau kasi tau malam tu sebab takut menyusahkan hati kakaknya yang sedang sarat mengandung ni. Memanglah sia tau adik sia ni survivor jugak orangnya. Tapi, hati kakak mana yang ndak risau lagi-lagi kalau diorang di bawah jagaan kita kan? Ndak apalah, benda sudah jadi pun… Sekurang-kurangnya lepas ni, adik sia akan beringat kan? Lelaki bah! Mestilah mau kuat! Minum ubat gamat gerenti cepat sembuh! Kan adik kan? :mrgreen:

Hari sabtu malam Ahad, parents sia dengan adik perempuan sia sampai dari Tawau. Yeeehooooo! Tengah-tengah malam tu jugak sia menjamu diri sendiri dan keluarga sia dengan kek coklat yang sia beli daripada liza. Memang sedap! Ditambah pulak dengan taburan strawberi segar di atas kek tuh. Fuh! Memang terangkat! Sampai sembelitlah mak buyung ni makan kek coklat tu… Tapi, puas hati! Sampai hari ni kesan sembelit tuh ndak hilang-hilang lagi…. Hahhahahaha… Memang padan muka mak buyung!

Memang yummy siot kek nih!

Memang yummy siot kek nih!

Oh ya! Kek ni sebenarnya sempena birthday sia pada 8hb tu.. hehehhe… Tapi, memandangkan terlupa order awal-awal, lambatlah dapatnya… Janji dapat merasa sebelum berpantang kan? Terima kasih Liza sebab berusaha jugak buatkan. Lain kali boleh cuba kek lain pulak 😉

Cakap pasal kek birthday, di pejabat sia hari tu, budak satu opis sia pun ada beli kek coklat strawberi jugak. Saja-saja beli lah. Lepas tu, memandangkan masa tu birthday sia pun hampir-hampir dekat dan takut ndak sempat celebrate sebab dekat-dekat jugak dengan due, minah ni bagilah peluang potong kek ni… Birthday in advance la konon.. Hahahhaha…. Kek ni pun sedap.. Thank you Eykin!

Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! :cool:

Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! 😎

Pasal pregnancy pulak, nampak ndak di column sebelah kanan blog sia ni? Patut lagi 1 hari sia due….. Huhuhuuhu… Tapi, sia dengan galaknya masih datang berkerja.. Sebab, baby kesayangan sia ni masih berbahagia mengikut mamanya berjalan-jalan dalam perut… Hehhehehe…. Ndak kisahlah, sia akan berjuang sehingga ke akhirnya… Ecececcecece…. Hubby asyik cakap mungkin baby mau keluar 16hb (sama dengan tarikh lahir ayahlah konon), bulan Julai, sama dengan bulan kelahiran mamanya.. Kita tunggu dan lihat jaklah ya…. Chaiyok mama and baby!

Sembelit vs Buasir

ENTRY INI MUNGKIN ADA SEDIKIT MENJIJIKKAN BAGI SESETENGAH ORANG. JADI, JIKA TIDAK INGIN MENGAMBIL RISIKO, JANGAN TERUSKAN MEMBACA. SEKIAN……

Di suatu pagi yang indah…..

A: Korang, apa beza antara buasir dengan sembelit?
N1: Ntahlah kak..
N2: Sembelit tuh masalah susah nak b***k. T**k keras.. Kalau masalah sembelit tuh berlarutan, boleh membawak ke masalah buasir pulak.
A: Oh ok. Tapi, apa tanda-tanda seseorang tuh kena buasir?
N2: Ada daging terkeluar daripada lubang b****t.
A: Hah? Ye ke? Besar ker kecik daging yang terkeluar tuh?
N2: Kalau tak kritikal, kecik jer.. Tapi, kalau dah melarat, boleh jadi besar dan kena potong…
A: OUhhhhh…..
N2: Akak kena buasir ker? Sebab pregnant woman ada potensi jugak kena buasir…
A: Alhamdulillah… Tak adalah… Akak saja tanye. Akak takdelah mengalami sembelit atau buasir tuh, Cuma mengalami t**k besar sangat… Hahhahahha…. Penat tau nak teran kasik kluar….. Hahahahhaha…. Mungkin sebab kurang air sebab berpuasa kot… Ker, sebab asyik minum air MILO jek…
N2: Ouhhhh…. Mungkin jugak….. sabar jer lah….

Percaya ndak, setelah hampir 28 tahun (belum masuk 28 tahun lagi k!) hidup di muka bumi ini, baru-baru inilah baru sia tahu apa itu sebenarnya buasir….. Memang helpless… Sekurang-kurangnya sia sudah tahu kan? pssstttt, rupa-rupanya sia pernah mengalaminya sekali atau dua kali lama duuuuluuuuu… Tapi yang tidak kritikal lah… Nasib baik! Patut ndak pernah tahu itu adalah buasir…. Ngeeee…. 😀

Expecting Baby Checklists

Before hubby went for courses, he asks me to do some sort of check lists for the things that we need to prepare and buy in expecting our 1st baby. By doing this, we hope that we could plan our budget wisely and estimate the RM needed.

So, lately, I’ve been doing the checklists. I referred to these websites (expectant mother’s guide and About.com). It took me about 2 weeks plus to come out with this checklists (yup, call me slow. Ngaku jek)

Clothing

1. Bodysuits (5-10 pcs)
2. Baby Sleeper (5-7 pcs)
3. Baby Socks (5-7 pairs)
4. Newborn Baby Hats (1-2 pcs)
5. Bibs (6-8 pcs)
6. Sweater sets (2-3 pcs)
7. Baby Blanket

Nursery basic

8. Crib
9. Crib Mattress
10. Crib Bedding (2-3 sheets)
11. Diapers Changing Table
12. Waterproof Mattress Pad (for diaper changes)
13. Bins (for clothing storage purposes)
14. Baby Pillow
15. Wash Cloths (maybe I could use cloth diapers to replace this?)

As for item 7-10, I’m not sure whether those things really needed. I never really surveyed any yet. Actually, to be frank, my flat wasn’t that spacious to put those things. So, is it compulsory for me to buy this crib thingy? If yes, when is the best time for me to buy?

Bathing & Baby Care

16. Baby Bathtub
17. Baby Shampoo & Body Wash
18. Baby Lotion
19. Baby Towels
20. Brush/Comb
21. Gentle Detergent (for baby’s laundry)
22. Baby Nail Clipper
23. Nasal Aspirator
24. Digital Rectal Thermometer

I’m not sure about item 16 & 17. When should I buy those and for what purposes?

Feedings

25. Breastfeeding Support Pillow
26. Breast Pump
27. Nursing Bra (3-4 pcs)
28. Milk Collection Shells (to replace breast pad)
29. Lanolin Cream
30. Bottles & Nipples (6-10 bottles)
31. Dishwasher Basket for Bottles
32. Bottle Brush
33. Bottle Drying Rack
34. Bottle & Pacifier Sterilizer
35. Bottle Warmer

I got normal brush for normal size bottle. Can I just use that to wash the feeding bottle? (nak jimat la tu konon).

Diapering

36. Disposable Diapers (2 packs)
37. Cloth Diapers (do I need this?)
38. Disposable Wipes
39. Diaper Rash Cream

Baby Soothing & Entertaining

40. Pacifiers
41. Infant Bouncers
42. Play mat/Play Gym
43. Small Plush Toy

When should I buy these 4 items above?

Baby Travel Gear

44. Car Seat
45. Stroller
46. Diaper Bag
47. Walker

Wow! That’s a lot of items to prepare/buy! I’m not sure which one is compulsory and which one is less important to buy. I’m just entrying the checklists here with the purpose of sharing it with other mother to be (like Nozie?) and getting some feedbacks/suggestions from my experienced friends on some other necessity that might be not listed here? Or any recommendation on which item that not so needy to prepare/buy? And maybe suggestion on when is the best time for me to buy any of those items?

.

Retailer Medela

Hari ini sia mau berkongsi mengenai retailer Medela di Malaysia.

Sebenarnya, seminggu dua yang lepas, sia sibuk mengunjungi pelbagai laman web dengan tujuan meng’survey’ breast pump. Termasuklah survey botol susu, maternity bra dsb. Kiranya, semua online lah. Iyalah, memandangkan hubby tiada di sisi untuk menemani ke shopping mall kan.

Daripada awal, sia memang berminat dengan jenama Medela ni. Ini semua pun berdasarkan pengalaman kawan-kawan la ni. Dan sia berminat dengan double electric pump. Fuh! Tamak pulak tuh.. Ehehehhe.. Pada pandangan sia dan berdasarkan pengalaman kawan-kawan, Double electric pump adalah terbaik sekiranya sia merancang untuk menyusukan anak sepenuhnya. Pandang ke hadapan betul kan? Ehehehe….

Jadi, mau dijadikan cerita, selepas puas melayari pelbagai laman web (termasuklah lama web Medela sendiri), dan puas print out semua item yang sia berminat, sia pun berkunjunglah ke retailer Medela di Ampang ni. Nama retailer ni LACTAEQUIP MEDICAL (M) SDN BHD. Ini merupakan satu-satunya retailer Medela yang sah di Malaysia. Bermakna, semua urusan seperti warranty, pembaikan dan penggantian barangan-barangan Medela hanya dibuat di retailer ini sahaja.

Staf yang ditugaskan untuk melayan pelanggan yang berminat dengan jenama Medela ni sangatlah peramah orangnya. Sia sangat senang dengan layanan beliau. Macam-macamlah soalan yang sia lemparkan kepada beliau untuk dijawab. Iyalah, pertama kali akan menjadi ibu kan. Beliau pun dengan sabarlah menjawab segala persoalan yang sia kemukakan tanpa sedikit pun merasa bosan.

Terangkan punya terangkan, macam-macamlah yang staf ni cerita kepada sia. Antaranya yang ingin sia kongsikan iyalah berkenaan penjualan barangan jenama Medela di salah sebuah kedai menjual barangan baby di The Curve. Sia ndak ingat nama kedai ni sebab sia belum pernah berkesempatan ke kedai tersebut. Tapi, dari cara staf ni cakap, kedai ni boleh tahan glamour jugak. Dia berkali-kali mengingatkan sia bahawa barangan jenama Medela yang dijual di kedai ini bukanlah Medela yang original, bermakna bukan barangan yang dibuat oleh Medela yang berasal daripada Switzerland tu. Staf ni bagitau, kualiti barangannya pun memang berlainan. Bukan setakat Medela, barangan berjenama seperti Avent di kedai ni pun diragui kualitinya oleh retailer Avent sendiri. Memang mengejutkan kan?

Selepas habis melayan sia, staf ni melayan seorang pelanggan lain pulak. Kebetulan pulak, pelanggan ni bawak breast pump Medela yang dibeli di kedai yang diceritakan oleh staf tadi. Sia pun, apa lagi, sedang tengok-tengok bra berdekatan dengan mereka pun curi-curi dengarlah. Ehehehhe…

Pelanggan ni mengadu pasal motor breast pumpnya rosak. Sekali pandang pada breast pump ni, staf ni tahu yang pelanggan ni beli daripada kedai yang dimaksudkan di atas. Dengan rendah dirinya, staf ni cuba membantu pelanggan ni. Walaubagaimanapun, memandangkan barangan yang dibawak oleh pelanggan ini bukan barangan Medela yang sah, mereka tidak boleh menjual sebarang alat gantian Medela yang sah kepada pelanggan tersebut demi untuk menjaga nama baik mereka. Staf ini menasihatkan pelanggan tersebut untuk pergi semula ke kedai tersebut untuk urusan penggantian atau warranty. Kesian sia melihat pelanggan tu terpaksa pulang dengan perasaan hampa.

Jadi, selepas melihat kejadian ni di depan mata sendiri, sia bersyukur sebab hubby suruh sia pergi ke retailer Medela yang sah untuk membeli breast pump ni. Bukan apa, sia ada jugak pergi ke kedai yang menjual barangan Medela yang sah. Memanglah barangan tu sama, harga sama. Tapi, layanan stafnya, ya Ampun! Memang kurang menyenangkan. Seolah-olah kita ni ndak mampu untuk beli barangan tuh. Mentang-mentanglah sia ni datang dengan baju yang tidak begitu vogue the vogue. Elleh! Macam sia heran mau laburkan duit ke kedai yang macam tuh. Sudahlah ndak ajar cara mau gunakan pump yang betul. Tahunya, jual then, serahkan pada pelanggan semua warranty card yang perlu, habis cerita! Kemudian kali kita datang, mulalah dia suruh kita pergi ke retailer Medela untuk urusan seterusnya. Huh!

Lagi satu yang staf ni pesan, kalau beli online barangan Medela ni pun kena berhati-hati. Ada sesetengah barangan tuh fake jugak. Manalah kita tahu kan sebab ndak nampak (Nota: Sia pun sebelum ni ada merancang mau beli online. Murah la katakan. Banyak jimat woooo! Tapi, bila sudah dengar macam tuh, takut la pulak)

Bagi sia, memang keputusan yang bijak sia ikut nasihat hubby datang ke sini pada hari Isnin tu. Macam-macam info berkaitan breast pump yang sia boleh dapat secara face to face. Memang meyakinkan. Kemarin, sia sudah pigi bayar deposit untuk breast pump dan maternity bra (staf ni cakap, dalam bulan ni semua barangan Medela akan naik harga. Tu yang bayar deposit untuk lockkan harga lama). Ehehehe… lagi satu yang best, kalau beli di retailer ni, diorang boleh bagi sedikit diskaun berbanding kalau kita beli di luar. Tuh yang best tuh! Jimat duit den!

What Gender Is Your Brain?

Got this quiz from kak Aishah’s Blog.


Your Brain is 73% Female, 27% Male


Your brain leans female
You think with your heart, not your head
Sweet and considerate, you are a giver
But you’re tough enough not to let anyone take advantage of you!

Yes, Im definitely female’s brain. No doubt at all!

p/s: I only doubt on the fashionable topics…. hmmmmm…..

Early pregnancies symptoms

Today, I was on MC leave. Why? Due to the title above…

Am having quiet a bad morning sickness symptoms lately. Getting worse I would say.

Until the moment when I type this entry, below are some of changes that I noticed during my early pregnancies term:

Month First:
1. Extra food cravings.
Yes! And luckily at this time I could eat anything I want easily without any morning sickness symptoms yet!
2. Raised in body temperature. Due to that, I’ve been a good plain water drinker at this time.
3. Frequent in urination, maybe due the no.2. Almost every hour in a day!
4. Very active in doing anything without fatigue feelings.

Month 1.5 until now (2 months + +):
1. I couldn’t consume any milky drink except Ho Ho Horlicks. So, this drinks now become my fav drinks.
2. I don’t have the appetite to eat any “masak Lemak” like I used to be the fan of it last time. Maybe I would come back to this fav food after reaching my 2nd trimester. I couldn’t take any oily and spicy looks food as well.
3. I couldn’t stand too long due to the waves of the nausea feelings. Also due to that, few times in a day, I have to perform my solat in sitting position.
4. Having backaches sometimes. Hubby too! (due to helping and consoling his wife when vomiting at toilet). Thanks Abang! I really appreciate it!
5. Excessive salivation which sometimes end up with vomiting. Lately quite frequent. Even when I was typing this entry, I managed to cover 3-5 times of vomiting. At my office now, they are renovating the toilet . So, I have to use other level’s toilet if the vomiting feelings come. Could you imagine how troublesome? Pity of me huh! Cobaan….
6. Easy to feel exhausted and sleepy in most of the time, especially in late evening till nite time.
7. Heightened sense of smell especially ciga smoke and perfume odour.
8. Easy to feel hunger but don’t know what to eat. Appetite decreased badly.
9. Mood swings made me weepy and super duper emo. Huhuhuhu…. Pity to my hubby who most of the time being the victim for me to express my anger… So sorry abang… I love you soooo much!

Posting this entry doesn’t mean I’m complaining, since I always keep in mind on one of my colleagues, Ninie had advice me not to complain on any difficulties that I face during my preggy term. I just like to share my early pregnancies experience with my blog readers (and maybe get some advise from experienced readers too) I know there are some preggy women out there having worse morning sicknesses until they have to be hospitalized due to super dehydration. I am grateful to Him that I’m not as bad as those people. And thankful to Him for giving this experience and give us the chance to be a mother and a father to another Hamba of Him soon… Thank you ya Allah!