Peminat Drama Melayu?

Ya! Sia memang seorang peminat drama-drama melayu.. Terutamanya yang ditayangkan di TV3… Samada dalam slot Samarinda, Lagenda dan Akasia. Kebanyakannya memang sia minati dan sia ikuti jalan ceritanya jika ada masa yang terluang. Tapi, pemilihan drama yang sia minati akan bergantung kepada pelakonnya jugak. Kalau pelakonnya memang yang top top, memang ndak akan dilepaskan, lebih-lebih lagi macam Elly Mazlin ka, Jasmin Hamid ka, Nasha Aziz ka, Lisdawati ka, memang bertambah tip top! Menjadi lebih sedaplah jalan cerita drama tu.

Drama terkini yang berjaya sia khatam ialah drama Senandung si Dayang.

Sia mula-mula tertarik dengan drama ni sebab gazet di TV3 memaparkan Elly Mazlin. Ingatkan Elly Mazlin pelakon utama, rupa-rupanya ndak. Tapi, ndak apa, ok jugak jalan ceritanya. Almy Nadia yang digandingkan dengan Aqasha sebagai pelakon utama boleh dikatakan berjaya membawa watak masing-masing sehinggakan menyebabkan sia ketagih untuk mengikuti jalan ceritanya dari sehari ke sehari. Nasib baik ending nya boleh tahan.

Sekarang ni, sia baru mula mengikuti drama Sumpah Bunian pulak. Teringin betul tengok minah Nora Danish melakonkan watak selain watak manja-manjanya dalam drama “Puteri” tu.

Tapi, satulah pendapat sia pasal drama Melayu ni, yang paling ndak best, selalunya episode terakhir tu ala-ala macam terjun gaung… Episod terakhir tuh lah disumbatkan pelbagai adegan. Sampai nampak macam kelam kabut dan ndak sabar-sabar untuk ditamatkan. Sedang syiok-syiok tengok, tup tup tiba-tiba episode terakhir… Huh!

Rasanya pembuat drama Malaysia (nota: sebenarnya ni pun apply untuk drama Indon. Sama jak suka buat terjunan gaung) patut mengambil kira pasal hal ni untuk mencantikkan lagi jalan cerita dan ending untuk satu-satu drama yang diorang buat. Baru sedap untuk ditonton.. Hehehhe.. Ini pendapat sia lah, seorang peminat drama Melayu tegar. Berbulu jak hubby kalau sia tengok drama Melayu. Masa tu lah ndak boleh diganggu, dan yang paling penting masa tu lah sia akan kuasai satu-satunya TV yang kami ada. Ehehehhe…. Kijam kan?

Kamurang bagaimana? Minat dengan drama Melayu? Sokonglah industri drama Melayu kita… Ceh! Ceh! Ceh! Ala-ala kempen berbayar pulak:mrgreen:

2 Responses

  1. minat juga dengan cerita melayu…
    tu hari tgk juga senandung si dayang tu… semacam tak puas hati tgk ending gitu… sekejap sangat. walhal kena hina… suami buat tak tau… last episod tu ah seme insaf… dayang tu jadi putih…

    skg ni tgh follow nur kasih… dengar khabar ending dia pun akan mcm terjun gaung… hehehe

  2. ha ah.. memang terjun gaung kan? sama ar tengah follow nur kasih ni.. ehehhehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: