Raya Aidilfitri 2009

Raya kami sekeluarga tahun ini bertambah meriah dengan kehadiran si kenit Aimee. Serba serbi si kenit pasti akan diutamakan. Pagi raya, mama pun sibuk macam orang mau pigi solat raya. Sibuk menyiapkan si kenit. Siap mandi, berbaju dan menyusukan, baru mama bersiap-siap mandi dan tukar baju.

Tahun ni, sia dengan hubby ndaklah sibuk membeli baju baru untuk Aimee sebab baju yang orang bagi pun masih ada yang baru dan belum dipakai. Lagipun buat apa membazir beli baju banyak-banyak kan? Wasatiah… Mama dan ayah pulak? Illek! Kami pakai baju yang sedia ada jak. Yang penting, raya tetap meriah. Aimee pun beraya sakan tahun ni. Banyak tempat dia beraya, sampai penatlah si kenit tuh.

Pagi raya pertama, kami beraya di rumah mertua sia di Taman Permata sebelum gerak ke Serdang, rumah cik Noi dan bermalam di sana. Malam tu sempat jugak ke rumah Atok sedara Aimee, Atok Bari…

Raya kedua, kami beraya di Bentong. Sempatlah beraya ke 3 rumah. Rumah Tok Alang, Tok Andak dengan rumah onyang Aimee sebelah FIL. Lewat petang pulak, kami gerak ke Cheras, rumah onyang sedara Aimee belah MIL.

Raya ketiga, kami ke Kuang, rumah onyang sedara Aimee sebelah MIL sebelum ke Gombak, rumah Onyang angkat Aimee sebelah MIL.

Raya keempat pulak, kami ke Jenderam, rumah opah sedara Aimee sebelah MIL. Raya sakan Aimee akhirnya ditamatkan di Kg. Melayu Subang sebelum balik tidur dan melentok dan menetek dengan mamanya.

Duit raya? Memang sakan jugak! Bolehlah mama tabungkan Aimee ke akaun Tabung Hajinya.. alhamdulillah….

Ok, puas cerita kisah raya sakan Aimee, kita layan gambar raya pulak…

keluarga kami

keluarga kami

Si kenit ni suka bergambar tu… Ndak percaya, tengok gambar-gambar ni..

Pagi Raya

Pagi Raya

IMGP2493

IMGP2484

IMGP2485

IMGP2490

Puas beraya dan bergambar sakan, apa lagi? Menetek session la…

Raya, raya jugak. Menetek jangan dilupa...

Raya, raya jugak. Menetek jangan dilupa...

5 Responses

  1. aaaaaaaaaaaaaa..SUNGGUH COMELLLL aimee…
    pandai lak tu bergambar..ehehe

  2. selamat hari raya, maaf zahir batin aweng, mel & aimee cutie..fotogenik betul dia! comel betul!

  3. alahai.. comel giler aimee nih.. geget kang! heeee…

  4. comel giler..nampak cam dah basar dah baby ko…

  5. comel cam mama dia kan?😆

    p/s:
    nisa: selamat hari raya maaf zahir & batin gak nisa utk ko sekeluarga..

    chema: memang dah besar dah chema.. dah 5kg lebih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: