Terima kasih!

1. Terima kasih dan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan sia umur yang panjang, kesihatan, tenaga dan rezeki untuk membolehkan sia melakukan semua aktiviti-aktiviti yang tersenarai di bawah ini.

2. Terima kasih kepada hubby kerana sentiasa di sisi dan support kewangan yang tidak putus-putus. Keep it up baby! Muahhh!

3. Terima kasih kepada penganjur “Parenthood Exhibition 2009” yang berlangsung di Midvalley dari 21-23 Ogos 2009 yang lalu. Disebabkan exhibition ini, kami telah berjaya membelikan baby Aimee car seat dan beberapa lagi barang keperluannya dengan harga yang sangat-sangat bargain! Disebabkan harga yang sangat-sangat berpatutan, kami juga telah merembat sekali stroller pada hari tersebut. Mengapa sia cakap harga sangat bargain? Kami dapat jimat dekat RM1k berbanding harga di luar untuk semua barang-barang yang kami beli pada hari itu!! Ndak ka tuh namanya sangat jimat?! Fuh! Legaaaa…..

4. Terima kasih juga kepada puan Mastur yang meng’inform’ pasal exhibition di atas. Worth it beb! Dan terima kasih jugak sebab melayan karenah mama ni yang last minute cakap mau cuba PB. Hari ni kita jumpa eik! Kalau ok, aku amik terus! Tapi, kalau hasil tak memuaskan, boleh pulang balik tak Puan Mastur? Ngeeeee…. 😆

5. Terima kasih kepada nurse-nurse di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Keramat AU2 kerana telah menjalankan tugas dengan tekun & ikhlas. 1st monthly check up baby Aimee berjalan dengan lancar kemarin (semalam). Alhamdulillah…. Semoga Allah merahmati kalian semua. Aminnnn…

6. Terima kasih kepada pemilik bangunan Jusco AU2 kerana menyediakan Baby Room di premis mereka. Sangat2 membantu bagi ibu-ibu yang breastfeed baby mereka macam sia ni. Ya! Baby Aimee telah menjejakkan diri ke Jusco AU2 kemarin sebab mamanya ni ada barang yang penting yang perlu dibeli di GNC. Nasib baik dekat-dekat mau setel baru baby Aimee meragam sebab mau menyusu. Apa lagi? Berlarilah mama cari port untuk menyusukan. Nasib baik ada Baby Room. Sangat selesa! Lupa pulak amik gambar. Apa pun, Good work Jusco!

7. Terima kasih kepada Medela sebab mengeluarkan produk PureLan 100. Sangat-sangat membantu untuk mengurangkan sore nipples! Boleh kasi turun harga sikit ndak? Hehehehhe… 😆

purelan

8. Terima kasih kepada parents dan PIL sia… Kerana banyak menolong sia dengan hubby menguruskan macam-macam hal semenjak baby Aimee dilahirkan. Menjaga baby Aimee, menjaga mama baby Aimee, menolong kerja-kerja rumah, menolong menguruskan kenduri akikah Aimee, sokongan moral, kewangan dan sebagainya yang terlalu banyak untuk disenaraikan di sini. Terima kasih Mak, Bapak, Mama & Abah.

9. Last but not least, terima kasih kepada kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain yang sudi datang menjenguk baby Aimee. Kami sekeluarga amat-amat berbesar hati dan menghargai setiap kunjungan kalian. Terima kasih jugak atas moral support yang sentiasa diberikan di kala Mama baru ini menghadapi masalah berkaitan keibubapaan. Terima kasih yang tidak terhingga! Harap tidak jemu melayan karenah mama yang sorang ni ye! (khas ditujukan kepada Puan Ninie & Puan Mastur ye! :mrgreen:)

Post natal depression?

Lately, I feel a bit unhappy. Feel ignorance, neglected, abandoned and helpless. I don’t like to have this feeling. Maybe, this is what people called post natal depression.

The most stressful thing that makes me so upset is when it comes to breastfeeding. From the 1st day when I found out that I was pregnant, I already set in my mind that I will fully breastfeed my baby.

I admit that 2-3 days after I delivered her, my breast haven’t produced any milk yet. I have no choice but to give her a formula. I do feel sad at that time. Only after the mak bidan came and massage me then only I have the milk to give to her. And from day to day, after suffering sore nipples (due to keep pushing my baby to suck the milk from my breast), my breast producing more and more milk which I feel enough for my baby (mom’s instinct).

Though I have to suffer from sore nipples, I keep pushing my baby to learn how to suck milk from my breast, and the balance, I will pump out and store in fridge so that she will have enough milk stock while she sleep with her grandma and grandpa at night (this also to avoid them to give her formula)

But, what makes me still upset is when this grandma and grandpa keep saying that my baby doesn’t feel satisfied when I breastfeed her directly. She only feel satisfy when she get the milk from her bottle. I feel so tense up. How my breast could produce more milk if my baby doesn’t suck it?! The breast pump is only meant for pumping extra milk that she didn’t suck, not for fully breast pumping and give the milk through bottle. Couldn’t they understand that?

I seriously feel helpless with this situation. I feel so sad and don’t know what to do to make them understand. And to not showing them my unhappy faces, I keep staying in my room and don’t feel like eating or breastfeeding my baby anymore. I seriously tense up to the max today.

Ya Allah! Please give me strength to go through this situation ya Allah! I really need your help. No one can help me except YOU, the Almighty! Please help me ya Allah! Pleaseeee….

Cukur Jambul & Akikah Aimee

Sekarang barulah sia tahu betapa sibuknya ibu yang sedang berpantang. Ni pun curi-curi masa memblog sebab Aimee sedang Zzzzzz…. Mintak nenek haji dengan atoknya tolong tengok-tengokkan kejap… Nanti dia bangun mau menyusu baru panggil mama.. Ehehehhe..

Hari ni saja mau update gambar kenduri cukur jambul & akikah baby Aimee yang diadakan pada 08 Ogos 2009 yang lalu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga mertua sia yang menguruskan segalanya sehingga semuanya berjalan dengan sangat lancar. Terima kasih jugak kepada mamak dengan bapak sia yang tidak putus-putus menolong sia dengan hubby menguruskan baby Aimee… Dan tidak dilupakan kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan yang sudi datang memeriahkan majlis. Terima kasih semua!

Ni lah antara gambar-gambar sekitar kenduri… Layannnnn….

kasi baby Aimee rehat sebelum majlis bermula

kasi baby Aimee rehat sebelum majlis bermula

Tukar baju cantik!

Tukar baju cantik!

Sessi bergambar dengan Auntie Na, Onyang, Nek Ma & Nenek Haji

Sessi bergambar dengan Auntie Na, Onyang, Nek Ma & Nenek Haji

Marhaban sebelum majlis cukur jambul

Marhaban sebelum majlis cukur jambul

Kerut-kerut dahi anak mama. Penat menunggu ya sayang?

Kerut-kerut dahi anak mama. Penat menunggu ya sayang?

Ok.. ok.. tido dulu k...

Ok.. ok.. tido dulu k...

Ala bucuk-bucuk anak mama!

Ala bucuk-bucuk anak mama!

Cukur Jambul

Cukur Jambul

Baby Aimee sudah penat... Zzzzzz time...

Baby Aimee sudah penat... Zzzzzz time...

Happy Mama & Ayah

Happy Mama & Ayah

Shayang anak mama!

Shayang anak mama!

Aimee bt Muzamil Azwal

Lama sia ndak update since last entry kan? Mungkin ramai yang sudah tahu yang sia telah selamat melahirkan seorang baby girl pada 27.07.2009 yang lalu, alhamdulillah. Mama dan ayah sabar menanti walaupun baby lewat 11 hari daripada expected due date. Baby terlalu selesa ikut mama pigi kerja mengkali (barangkali)… Hhehehhhehe…

Maknanya, hari ini genaplah usia puteri kami itu 7 hari… Baby girl yang seberat 3.54kg itu telah kami namakan Aimee bt. Muzamil Azwal, yang bermaksud keberkatan.. Mudah-mudahan hidupnya sentiasa diberkati oleh-Nya…. Aminnn…..

Alhamdulillah, baby dilahirkan secara normal walaupun mama terpaksa di ‘induce’ sebanyak 3 kali. Mama bersyukur sangat-sangat. Baby dilahirkan di Hospital Ampang selepas mama berkampung di hospital selama 3 hari. Semua orang berdebar-debar menanti bilalah hari baby mau keluar tengok dunia luar pulak….

gambar terakhir mama yang sabar menanti kelahiran baby

gambar terakhir mama yang sabar menanti kelahiran baby

Mama dengan ikhlas hatinya, memuji sikap semua staf di Hospital Ampang ni. Daripada doctor, ke nurse, ke guard, ke tukang cuci… semua baik-baik belaka. Series! Semuanya sabar melayan karenah kami ibu-ibu mengandung yang menantikan kelahiran baby masing-masing. Sentiasa memberi kerjasama pada semua bakal ibu dan ayah. Semoga Allah membalas budi baik mereka kerana bekerja dengan seikhlas hati dan sehabis baik. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan mereka semua…. Aminnnn….

Ok, habis cerita pasal kelahiran. Setelah seminggu, inilah gambar-gambar terkini puteri sulung kesayangan mama, ayah, pakcik makcik, atuk nenek dan moyang-moyangnya…

Gambar sehari

Gambar sehari

Image233

Image241

Baby ndak bersalah mama!

Baby ndak bersalah mama!

Bukan main lesak kan baby Aimee ni titon

Bukan main lesak kan baby Aimee ni titon

Image247

Image252

Dan tidak dilupakan “the most precious photo” berbanding yang lain…. baby Aimee ni memang susah sikit mau senyum. Sabar ayah menunggu untuk ambil gambar ni. Akhirnya!

lily