Overdue Pregnancy

Today, my pregnancy is officially overdue for 4 days. I did some readings from few websites. Most of the websites said, it’s normal to have an overdue pregnancy until 2 weeks after the expected due date, as long as I’m healthy and my baby movements is more than 10 times within 12 hours. This info really makes me feel comfortable with my pregnancy.

This morning, I went for check up at clinic. Alhamdulillah, everything went well without any problem, the Hb, the blood pressure, the urine test, the baby’s head engagement, the baby heart beat and my weight gaining. The doc gives me another 3 days before she will refer me to the hospital. Uwaaaa!!!!!! Of course I felt so worried thinking of when my baby will out from my womb… Oh! Baby! Don’t make mama worry pleaseeee….. We have another 3 days…. Please come out before that ya! Everybody can’t wait to meet you baby! You too for sure want to see all your aunties, your uncles, your grandmas, your grandpas and all mama’s and ayah’s friend kan? Please hurry ya baby! Mama and ayah also can’t wait to meet you baby!

All my readers out there please pray for me ok!

Advertisements

1 hari lagiiiiii………….

Macam-macam berlaku kebelakangan ni yang membuatkan sia buat-buat sibuk meng ‘update’ blog kesayangan sia ni… Ehehehhe….

4hb Julai hari tu, sia dengan hubby ke Hospital Pantai Ampang. Ada kelas antenatal percuma daripada jam 2.00 petang-6.30 petang. Ok jugak. Dia ajar berkaitan dengan keabnormalan kelahiran bayi, fasa-fasa kelahiran, diet-diet ibu mengandung, ubat penahan sakit untuk melahirkan dan penyusuan susu ibu. Selain itu, di akhir sesi, peserta dibawa bersiar-siar melihat kemudahan bersalin di Hospital Pantai Ampang. Dan tidak dilupakan, mestilah ada promosi berkaitan pakej sekiranya ingin melahirkan di hospital diorang kan? Sesi ceramah ni ditaja oleh Wyeth Nutrition. Memang best. Siap ada heavy hi-tea yang sedap dan free goodies lagi tau! Memang recommended la untuk dihadiri oleh para bakal-bakal ibu bapa yang 1st timer macam sia dengan hubby ni. Sangat informatif!

Free goodies: Magazine, car sunscreen protector, towel, blink blink pouch bag, Lactacyd feminine hygiene & preggy T-shirt,

Free goodies: Magazine, car sunscreen protector, towel, blink blink pouch bag, Lactacyd feminine hygiene & preggy T-shirt,

5hb Julai pulak, buat kali pertamanya sepanjang sia mengandung ni, sia ajak hubby pigi melantak durian di tepi jalan. Selama ni, menahan diri sebab takut kesan kepanasan di malam hari. Takut mengganggu tidur malam yang indah itu.. Tapi, itu hari sudah tidka boleh tahan lah.. Mana-mana pigi asyik nampak durian jak.. Aish! Ndak boleh jadik ni! Port yang menjadi pilihan adalah gerai durian berdekatan Jusco Setiawangsa. Puas hati mak buyung dapat makan durian di petang hari. Lepak jam 3 petang pulak tuh! Nasib baik cuaca ala-ala mendung ndak mendung, panas ndak panas. Just nice untuk membolehkan kami melantak dengan sepuasnya.. Hehhehe….

durian itu membuatkanku lupa dunia sekejap :cool:

durian itu membuatkanku lupa dunia sekejap 😎

Pada hari yang sama jugak, sia dapat sepupu lelaki baru… Ini bermakna, anak yang sia lahirkan nanti akan mendapat pakcik yang sebaya… Hehehhe… Keluarga sia memang macam ni… Pakcik-pakcik sia pun memang sebaya-sebaya dengan sia adik-beradik jak pun. Bapak kepada sepupu sia yang baru lahir ni pun muda setahun daripada sia…. Jawabnya, keluarga kami akan berterusan lah ada pakcik makcik dan anak kemanakan (anak saudara) yang lebih kurang sebaya sampai bila-bila….

bangunlah sayang wei!

bangunlah sayang wei!

Malam hari pulak, kami ke Satay Station yang terletak di Ampang. PIL sia belanja makan satay… Memang sedap dan lain daripada satay-satay yang biasa dimakan. Tang kuah dengan satay dagingnyalah yang paling istimewa berbanding satay-satay di tempat lain. Kuah kacang sedap dan pekat. Satay daging lembut yang amat… Sedapppppp! Harus dicuba!

Mak buyung yang kekenyangan.. BRpppp! Alhamdulillah....

Mak buyung yang kekenyangan.. BRpppp! Alhamdulillah....

9hb Julai pulak, adik lelaki sia ndak balik rumah sampai lewat malam. Sia punyalah risau sebab telefon pun dia ndak angkat. Sekali tengah malam kawannya telefon bagitau dia ndak balik. Sia punya risau jangan cakaplah kan. Panas hati jugak dibuatnya. Bila sia balik petang Jumaat tu, baru sia tau rupa-rupanya dia kemalangan motor malam tu. Nasib baik ndak teruk. Kesian dia. Sedih pun ada kakaknya yang sensitif ni. Bila ditanya, dia cuma cakap ndak mau kasi tau malam tu sebab takut menyusahkan hati kakaknya yang sedang sarat mengandung ni. Memanglah sia tau adik sia ni survivor jugak orangnya. Tapi, hati kakak mana yang ndak risau lagi-lagi kalau diorang di bawah jagaan kita kan? Ndak apalah, benda sudah jadi pun… Sekurang-kurangnya lepas ni, adik sia akan beringat kan? Lelaki bah! Mestilah mau kuat! Minum ubat gamat gerenti cepat sembuh! Kan adik kan? :mrgreen:

Hari sabtu malam Ahad, parents sia dengan adik perempuan sia sampai dari Tawau. Yeeehooooo! Tengah-tengah malam tu jugak sia menjamu diri sendiri dan keluarga sia dengan kek coklat yang sia beli daripada liza. Memang sedap! Ditambah pulak dengan taburan strawberi segar di atas kek tuh. Fuh! Memang terangkat! Sampai sembelitlah mak buyung ni makan kek coklat tu… Tapi, puas hati! Sampai hari ni kesan sembelit tuh ndak hilang-hilang lagi…. Hahhahahaha… Memang padan muka mak buyung!

Memang yummy siot kek nih!

Memang yummy siot kek nih!

Oh ya! Kek ni sebenarnya sempena birthday sia pada 8hb tu.. hehehhe… Tapi, memandangkan terlupa order awal-awal, lambatlah dapatnya… Janji dapat merasa sebelum berpantang kan? Terima kasih Liza sebab berusaha jugak buatkan. Lain kali boleh cuba kek lain pulak 😉

Cakap pasal kek birthday, di pejabat sia hari tu, budak satu opis sia pun ada beli kek coklat strawberi jugak. Saja-saja beli lah. Lepas tu, memandangkan masa tu birthday sia pun hampir-hampir dekat dan takut ndak sempat celebrate sebab dekat-dekat jugak dengan due, minah ni bagilah peluang potong kek ni… Birthday in advance la konon.. Hahahhaha…. Kek ni pun sedap.. Thank you Eykin!

Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! :cool:

Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! 😎

Pasal pregnancy pulak, nampak ndak di column sebelah kanan blog sia ni? Patut lagi 1 hari sia due….. Huhuhuuhu… Tapi, sia dengan galaknya masih datang berkerja.. Sebab, baby kesayangan sia ni masih berbahagia mengikut mamanya berjalan-jalan dalam perut… Hehhehehe…. Ndak kisahlah, sia akan berjuang sehingga ke akhirnya… Ecececcecece…. Hubby asyik cakap mungkin baby mau keluar 16hb (sama dengan tarikh lahir ayahlah konon), bulan Julai, sama dengan bulan kelahiran mamanya.. Kita tunggu dan lihat jaklah ya…. Chaiyok mama and baby!

I’m officially 28th

Happy Birthday to me!
Happy Birthday to me!
Happy Birthday to me……….
Happy Birthday to me……….

Hospital-Klinik-Hospital-Klinik-Hospital

Macam-macam berlaku kebelakangan ni yang membuatkan sia dengan hubby kerap ke klinik dan hospital. Mama kah yang bermasalah? Bukan… Mama dengan baby sihat jak Alhamdulillah…. Macam biasa kunjungan ke klinik untuk check up setiap minggu telah bermula 😀 Dan semuanya berjalan dengan lancar…

Jadi, kenapa pulak kami sibuk-sibuk ke klinik dan hospital ya?

Bermula dengan kes sepupu sia yang berumur 5 tahun jatuh dari flat tingkat 2 16hb hari tu. Kesian sepupu sia tu. Yang pasal ni, sia malas mau komen banyak-banyak.. Lain orang lain pendapat kan? Alhamdulillah…. Hujung minggu baru-baru ni sepupu sia sudah dipindahkan ke wad biasa. Dia sudah boleh senyum… Boleh berjalan, melompat… Cuma belum bercakap. Harap-harap dia akan bertambah sihat dan tiada masalah yang tidak diingini berlaku akibat kemalangan hari tuh…. Aminnn….

Lepas ni, bertambah susahlah bertemu dengan sepupu sia yang seorang ni.. Sebab, dia akan dihantar balik ke rumah neneknya di Kedah dan kemungkinan besar akan dibesarkan dan disekolahkan di sana… Mungkin itu yang terbaik buat dia…

Satu kes lagi, adik lelaki sia. Adik sia sekarang sedang bercuti semester. Jadi, bulan 5 hari tu, dia balik ke Tawau bercuti. Baru-baru ni, 20hb dia balik ke KL balik. Memandangkan semester baru akan bermula tengah bulan depan, jadinya, dia tinggal bersama sia dengan hubby di rumah. Baru duduk 3 hari di rumah, tiba-tiba adik sia demam 24hb tu. Macam biasa, kalau setakat demam biasa, sia bagilah adik sia makan uphamol atau paracetamol kan? Sekalinya, sampai Sabtu, macam ndak berapa ada perubahan. Badan masih panas lain macam, siap menggigil-gigil lagi. Apa lagi, risau lah sia dengan hubby.

Jadinya, hari sabtu pagi tu, sia dengan hubby terus bawak dia pigi klinik. Buat ujian darah bagai, doctor cakap ada jangkitan kuman. Bukan denggi. Alhamdulillah…. Doktor bagi ubat demam, antibiotic dengan ubat sakit badan. Terlalu risau dengan keadaan badan adik sia yang panas tuh, memanglah sia monitor sepanjang hujung minggu tuh, pastikan dia makan ubat ikut masa.

Alhamdulillah, Isnin pagi nampak macam ada perubahan. Syukur….

Sekali petang Isnin, adik sia cakap kepalanya pulak sakit berdenyut-denyut. Badan ndaklah berapa panas. Jadi, sia suruh jak abiskan dulu ubat yang ada. Tengok pulak hari besoknya.

Balik kerja kemarin, adik sia terbaring balik, ndak bermaya. Teruk betul keadaannya. Badan ndak panas, kepala jak. Jadi, lepas Mahgrib, sekali lagi sia dengan hubby bawak pigi klinik. Doktor tu check, dia suruh rujuk ke hospital terus. Aiyak!

Jam 9 malam lebih kami sampai di Hospital Ampang. Lepas buat ujian darah semua-semua, jumpa doctor jam 11 malam lebih. Alhamdulillah, demam biasa. Bukan denggi atau penyakit-penyakit yang sewaktu dengannya yang membimbangkan sia dengan hubby. Doktor bekalkan dengan paracetamol, vitamin C dan ubat kumur. Harap-harap adik sia akan sembuh sepenuhnya lepas makan ubat yang doctor bagi ni…. Parents sia akan sampai Sabtu depan nih… Takut pulak diorang risau kalau adik sia ndak sembuh-sembuh. Mintak-mintaklah sembuh cepat kan?

Hmmmm….. Akibat sampai lambat dari hospital malam tadi, hari ini sia rasa ada sedikit mengantuk daaaaa……. Perlu mancis untuk dijadikan tongkat menahan mata ni daripada Zzzzzzzzzzzzzzzzz………. Arggggghhhhh! Nasib baik Dexter tak dak :mrgreen: