Geram! Geram aku geram!

Pernah ndak anda berhadapan dengan situasi di mana anda menjadi mangsa di atas kepandaian orang lain? Ya! Sia baru jak jadi mangsa kemarin pagi… Kereta sia dilanggar oleh seorang penunggang motor dalam sesak-sesak di MRR2… Sia pun ndak tau mau salahkan siapa… Samada, pemandu wanita yang tiba-tiba brek mengejut ndak tentu pasal tuh di depan sia, ataupun penunggang motor yang mengekor di belakang terlalu dekat? Eeeeeee… geram betul lah! Ndak pasal-pasal cacat kecantikan kereta kesayangan sia tuh!

Walaubagaimanapun, sia tetap bersyukurlah…. Sebab, nasib baik kecacatan tuh ndak teruk… Ndak da kemek… calar jak dan cat terkopek sikit… Tapi, sakit jugak mata ni tengok kan? Tengok lah gambar di bawah ni… geram tahu?!

Image193

Ndak habis dengan kegeraman pagi kemarin, ada lagi satu hamba Allah ni menambah kegeraman sia kemarin…

Ikutkan, patutnya, hari ni sia patut pigi ada satu kursus di Penang. Tapi, disebabkan beberapa masalah yang malas sia mau reveal di sini, terpaksalah rakan sepejabat sia yang terchenta tolong gantikan sia…. Tapi, sebelum selesai semua proses menggantikan tu, adalah hamba Allah ni cadangkan pada rakan sia yang lagi satu supaya kami pigi ke Penang tuh naik flight jak. Member ni pun cakaplah ndak bolehlah kan memandangkan sia ni preggy sudah lebih 7 bulan. Mana ada airline yang mau bawak orang preggy lebih 7 bulan… Lagipun, doctor pun mestilah sah-sah akan ndak bagi kan? Lepas tuh, hamba Allah ni boleh jawab ke kawan sia ni “Alah… Saya dulu 9 bulan pun selambe je naik flight, takde pape pun” Ya Allah! Riaknya kata-kata hamba Allah ni! Agaknya, hamba Allah ni lupa roda itu bulat kan?

Sia kan, bila mendengar kata-kata tuh kan, memang benganglah yang amat… Iyalah, sia ni sudahlah pertama kali mengandung.. Cucu sulung dua-dua belah pulak tuh. Agak-agaklah kan, sia berani ka ambil risiko kalau perkara-perkara macam ni? Mestilah ndak kan? Sia ni, bukanlah jenis yang terlalu strict pasal itu ini semasa dalam sia mengandung ni. Tapi, dalam hal yang memang sah-sah semua orang tahu ketidakbolehannya macam perkara ni, memanglah sia ndak berani mau ambil risiko. Gila ka apa?! Hamba Allah tuh memanglah… Sia ndak kisahlah… Ikut dia punya sukalah mau cakap apa… Dia punya turn sudah lepas bolehlah cakap riak macam tuh kan… Tapi, dia lupa ka dia tuh ada anak perempuan? Cakap tuh biarlah berlapik, jangan main lepas jak….. Jagalah sikit hati orang lain…. Islam kan mengajar kita supaya hormat-menghormati antara satu sama lain antara umat-Nya…. Kalau sudah buat orang naik menyampah macam ni, (nota: ni bukan kali pertama ok!) lu pikirlah sendiri! Semoga Allah memberi rahmat dan hidayah-Nya kepada hamba Allah ni…. Mintak-mintaklah dia akan berubah jugak suatu hari nanti. Amin…….

11 Responses

  1. Sabar weng..org macam tu mmg ramai..cakap main lepas je. dia lupa esok kena batang hidung sendiri.

    mmg tak besh tgk keta calar wlpun sikit..aku paham sgt2..keta aku pun kena calar ngan org tak reti kuar parking. dah la parking family tu punya besar boleh langgar keta aku lagik? apakah?!!!

  2. aku memang bersabar ni nisa….
    hamba Allah yg aku maksdukan tuh yang ko pernah tanye aku samada aku kenal ke x dolu2 tuh… ingat?

    tuhlah, biar aku cuba pujuk diri macam ni pulak…
    ntah2 adalah sebab/salah yang aku dah buat sebelum ni.. so, Allah nak hapuskan dosa aku dengan cara macam ni pulak….
    aku redha….

  3. ohhh……

  4. sabar puan aweng…sabar…..senyum je selalu..nanti anak kuar pun senyum je…hehheh

  5. ohhh…sabar je laa..

  6. alah..sikit je tu aweng.bawak2 bersabar.tgh pregnant kene jaga2 sikit perasaan tuh..peace!

  7. ninie: ohhhhh? hmmmmm…..

    chema/Nisa/Ipin: Ye, aku memang sabarrrrrr…… sabar weng… sabarrrrr… baby nanti kuar senyum kat mama ngan ayah eh!

  8. salam…. walaupun sudah lambat bagi comment, putra nak bagi jugak comment……

    ” ohhhh….” jugak…. sama seperti miniminimainimo… pahaaaammmmmmmmmmm saaannnggggaaattttttt….. =)

  9. nasib baik paham…

    p/s: bilalah nak soft or hard launch ni (you know wat i meannnn…)

  10. erkkkk…. putra raser dah macam termalu dah pulak nak launch bender tu…. macam gempak selebriti astro plak nak launch mengelaunch nie… karang harap launch keras ngan lembut jer cam gempak tapi rupernyer cam hampeh….. tehehehehehehehhehhehe…..

  11. hek elleh! camtuh pulak?
    so, xdeklah makan2? (macam dalam hikayat buaya dengan sang kancil kat rtm dolu2😆 )
    ni yang nak marah ni!
    x kira! x kira! ada launch xde launch, kena jugak buat makan2 spt dijanjikan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: