Surprised!

Surprised!

Surprised? Hehehehhe… Weekend baru-baru ni best betol… Hubby plan buat surprise, tapi ndak menjadi.. Dia tiba-tiba balik hari Jumaat petang hari tu… ndak inform pun awal-awal…. Hohohohohoho…

Sebenarnya, hari khamis malam jumaat hubby called tanya program weekend ni… masa ni sudah boleh agak, hubby macam mau balik jak… Tapi, diam jaklah sebab dia ndak mengaku lagik…

Hari Jumaat pun macam-macam hint yang hubby dengan secara tidak sengajanya bagi daripada pagi sampailah ke petang…. Akhirnya, petang sebelum hubby sampai KL, dengan sendirinyalah dia mengkantoikan dirinya sendiri. Hubby sia ni memang ndak pandai buat surprise. Jadi, sebagai wifenya selama hampir 2 tahun, boleh dikatakan, senanglah untuk baca fikiran hubby ni. Jarang-jarang yang ndak mengena. Sori Abang, cuba lagi lain kali ok! Tapi, bini betol2 hargai usaha Abang tau! Sayang Abang sangat2!

Tapi, kesian hubby, cuti raya Cina hari tu dia balik injured di kaki, kali ni dia balik demam pulak… Selama hampir 2 tahun berkahwin, inilah kali pertama hubby demam. Kesian dia… Balik asyik terlantar atas katil jaklah… Walaupun terlantar, hubby sia ni sikit pun ndak menyusahkan wifenya. Senang mau jaga. Bukan macam wife dia kalau sakit… Huru-hara😆

Alhamdulillah, hari Ahad sebelum hubby balik, dia beransur pulih sedikit. Jadinyaaaaaa….. sia berjaya pujuk hubby keluar cari maternity bra😀 Ngeh ngeh ngeh…

Kerana keadaan kesihatan hubby yang kurang bertenaga, sia tiba-tiba terdetik untuk menggunakan internet untuk melayari website shopping mall yang ingin dikunjungi. Dijadikan cerita, sia pun lawatilah website KLCC, Midvalley dan 1 Utama untuk mencari kedai-kedai yang berkenaan. Wah! Memang convenient habis! Selama ni, sia ndak pernah terfikir untuk menggunakan khidmat website2 ni sebelum keluar shopping. Selalu main terjah jak shopping mall. Sampai sana barulah terhegeh-hegeh cari kedai yang berkenaan. Kalau jumpa, alhamdulillah. Kalau tidak, pindah pulak ke shopping mall lain. Memang ndak efisien! Bagusnyalah ada website2 ni. Sonang koje Den!

Lepas melayari kesemua website, sia dengan hubby decide ke Midvalley sahaja. Jadinya, Jam 10.45 pagi, kami sudah sampai di sana pada hari Ahad hari tu. Sampai-sampai jak, kami terus berkunjung ke kedai-kedai yang berkenaan. Dekat jam 12, semua tugas shopping mopping setel! Sia dapat 1 bra, hubby dapat 1 kasut, bapak dapat 1 sandal. Senang hati, kami pun terjahlah food court untuk mengisi perut yang lapar. Kiranya, dengan bantuan website Midvalley ni, kami cuma perlukan kurang daripada 2 jam untuk menghabiskan semua urusan beli-membeli di mall yang sebesar ini. Memang menyenangkan! Syiok habis!

Lagi satu yang best bila hubby balik ni, laptop dengan memory card HP sia sudah clear daripada virus! Alhamdulillah….. Sia memang failed kalau bab2 macam ni. Memang bergantung habis pada hubby untuk setelkan… Sekarang, bolehlah ambil gambar untuk update dalam blog…. hehehhehe… (Alamak! tapi, tadi lupalah ambil gambar baby Hanim masa lawat di Pusrawi tengahari … Gedebush!)

Kesimpulannya:
1. sia memang gembira weekend baru-baru ni! Terima kasih Abang!
2. Sia suka dengan kewujudan website2 shopping mall ni. Sangat banyak menyenangkan kerja orang yang malas macam sia dengan hubby ni (Nota: Sia dengan hubby memang malas berjalan-jalan berpeleseran di shopping mall ni. We both hate window shopping! Penat!). Lepas ni, senanglah buat perancangan kalau mau shopping ke shopping mall yang besar-besar ni. I likeeeeeeeee!!!!!!
3. Sia memang buta IT. Masih perlukan hubby bila sampai bab-bab IT ni… Unindependent btol! Ndakpa.. ndakpa…. Chaiyok Amisah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: