Tagg 7

Another tagg from Puan Mastur

Please copy the following rules in your post (as usual)
1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones..
2. It doesn’t have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine..
3. You have to tag another 5 person to answer this tag

Susah betul mau jawab ini tagg sebab sia dengan hubby ni ada taste yang sangat berbeza dalam pemilihan filem ni. Lepas tu, banyak betul pulak tuh filem yang sia suka dan mau kongsi dengan hubby… Tapi, sia cubalah la hah….

Pertama: My Sassy Girl (Korean)

Ini merupakan filem pertama yang hubby kongsi dengan sia masa mula-mula kami bercintan.. Hehehhehe… Dan kami sangat sukaaaaa sama ini filem…

Filem ni menceritakan kisah seorang lelaki penakut, nerd yang jatuh cinta dengan seorang gadis yang sangat kasar yang ditemui di stesen LRT. Dia sangat setia kepada gadis ini sehinggalah dia sanggup menunggu walaupun gadis ini tidak muncul pada pertemuan yang mereka janjikan. Pada akhir cerita, dia bertemu semula dengan gadis ini apabila keluarganya mengaturkan pertemuan calon isteri untuknya. Rupa2nya, gadis itu adalah the sassy girl yang dia tunggu2 selama ini. So sweeeeetttttt!

my_sassy_girl-08

Kedua: 50 First Dates (English)

Filem ni pun best!

Kisahnya pasal seorang lelaki yang jatuh cinta dengan sorang wanita yang pelupa. Ingatannya pada setiap pagi seolah-olah telah disetkan pada hanya sehingga hari pertama mereka kenal sahaja. Jadi, sebagai seorang yang sangat mencintai wanita tersebut, lelaki ini akan cuba mengurat wanita ini pada setiap hari walaupun pelbagai dugaan yang harus ditempuhinya.. Betapa sabarnyalah lelaki ini setiap hari dalam melayan karenah wanita pelupa yang amat dicintainya ini.

50-first-dates

Ketiga: Aku BUkan Bujang (Melayu)

Jalan cerita? Baca entry sia di sini

aku-bukan-bujang

Keempat: Ayat-ayat Cinta (Indonesia)

Walaupun jalan cerita filem ini terlalu mudah, sia sangat suka dengan mesej yang ingin disampaikan. Cinta seorang hamba Allah kepada Pencipta-Nya dan sesama manusia. Sangat bagus untuk tontonan anak-anak muda sekarang. Sia belum berkesempatan membaca novelnya sendiri. Tapi, sia suka untuk berkongsi filem ini dengan hubby😀

ayat2-cinta1

Kelima: Dil To Pagal Hai (Hindustan)

Sia layan hisdustan jugak ok! Sekarang ni jak kurang sebab cerita sekarang ndak best macam dulu. Pelakon pun ndak cukup manteppp macam pelakon dolu-dolu.. Ehehehe…

Filem ni mengisahkan pengorbanan seorang sahabat baik (Kharisma Kapoor) yang terjatuh cinta dengan sahabat baiknya sendiri (lakonan Shah Rukh Khan). Betapalah dia makan hati kerana sahabatnya telah jatuh cinta dengan wanita lain. Walaubagaimanapun, dia mampu mengawal perasaannya pada penghujung cerita ini. Sangat menyentuh perasaan…. Dan sia paling suka, dan tidak pernah bosan dengan lagu-lagu dan tarian-tarian dalam filem ini. Memang thumbs up! Sangat menghiburkan!

Hmmmm… tapi, belum tentu hubby mau tengok ini filem😦 Simpan sendiri lah…

dil-to-pagal-hai

Tagg 5 orang?
– Ninie
– Nozie
– Jac
– kak Elin
– dongan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: