Cuti CNY ke mana?

Apa yang sia buat sangat sibuk kebelakangan ni?

Ni dia….

Hubby Balik Cuti CNY.

Hubby sampai rumah lebih kurang jam 6 petang hari Jumaat hari tu. Kemarin petang dia sudah balik ke Perak semula… Kesian dia… Kaki luka teruk betul sebab diving masa main bola… Kesian betul… Balik kemarin pun kaki masih belum sembuh lagi…. Sedih sia tengok hubby dalam keadaan macam tuh.. Hubby ndak pernah sakit seteruk ni selama kami kawin dekat 2 tahun ni… Asyik wife dia ni jak yang selalu sakit dan perlukan perhatiannya. Baru kali ni la sia kenak jaga hubby yang bukan susah mau jaga pun…. Habis suma plan cuti CNY ni… Ndak apalah.. tuh cara DIA menguji kami ni yang jarang-jarang diberi ujian… Itu kan cara-Nya menunjukkan kasih sayang-Nya…. Kami redha….

Abang jaga diri baik2 ya! Jangan lasak-lasak sangat… Bini doakan semoga kaki abang cepat sembuh sebelum kursus ketenteraan tu…. Abang take care yep! Bini sayang abang sangat2 tau! Muahhhh!

Mary Kay ESRS

Kelas ni sia pigi hari Jumaat dan hari Sabtu. Bagus jugak. Dia ajar macam-macam. Yang paling sia suka mestilah sesi bermekap… Ehehehhehe… Walaupun sia bukan kaki bermekap… perempuan la katakan….

Lepas menghadiri kelas ni, semakin berkobar2 pulak rasa mau buat free skin care class banyak2 dan berkongsi pengalaman dengan kawan2.. Iyalah sharing kan is caring…. So, ada sesiapa berminat untuk diberikan free skin care? Boleh cuci2 muka, mekap2… ehehhehe…..

Lagi satu yang best minggu ni pasal Mary Kay sia ni. Sia akhirnya berjaya mengirim pesanan Puan FAnor yang berada di Qatar melalui kawan adik ipar sia yang telah berlepas hari Ahad malam Isnin hari tu… Alhamdulillah… Punyalah puas cari courier company yang bole kirim skin care set tuh.. Suma bolayan… Nasib baik… So, cubalah ya Puan Fanor… Nanti lepas 2 minggu kita tengok hasilnya… insya Allah berhasil…. bole jadi testimonial…. ehehhehe….

Kenduri/Gathering Kecil-kecilan Keluarga Mertua

Event ni berlaku pada Sabtu malam Ahad. Lebih kurang selepas Maghrib. Sebenarnya, ni adalah bersempena dengan kesyukuran mama abah dah selamat balik dari Tanah Suci dan harijadi hubby dan sepupu hubby, Azmeer….

Sia pun kurang pasti acaranya. Kerana…. Sampai-sampai jak sia di rumah mertua malam tu, terus Bluwekkkkkk! dengan banyaknya, sehingga terlalu letih dan terus tidur… Lebih kurang jam 10pm lebih, hubby kejut dan terus balik tanpa menjamah apa makanan pun selain sebiji anggur hijau. Sayang betul! Banyak betul makanan malam tu… Stimbot, laksa Johor, BBQ kambing, ayam, nasi goreng dan macam-macam lagi… Hubby pun ndak berapa ada mood malam tu… Dengan kaki sakit, dengan bini yang ndak seberapa sihat… Hmmmmm…. Apa boleh buat… BUkan rezekilah namanya tuh… Mungkin lain kali….

Sesi Lepak Bersama Puan Do.

Sesi ni berlangsung kemarin petang. Kira unplanned event la ni..

Lepas jak hubby balik ke Perak, sia dengan Puan Do mengadakan sesi lepak di Cendol Taman Melawati, cendol yang ndak seberapa best! Sebenarnya bukan sebab mau sangat makan cendol. Tapi, saja mau gather-gather dengan Puan Do setelah sekian lamanya ndak berjumpa… sekali dengan Puan Do bagi pinjam novel2 yang ada dalam simpanannya… Banyak woooo….

Sedang-sedang lepak tu, ada jugak tipon Puan Mastur.. Sekali makcik tuh terbongkang daaaa… Tipon tarak angkat daaaa…. Jawabnya, lepak berdua jaklah…. Lenkali pulak eh Puan Mastur….

p/s: gambar ada beberapa keping yang mau dimasukkan kemudian.. HP kenak masuk virus daaaa… Cipret btol virus Brontox ni…. sedang carik idea macam mana mau kasi cure…. aduilah….

8 Responses

  1. (angkat2 tangan) nakk sesi cuci muke..ehehehehe

    fon kena brontok ke? ehehehe…
    dulu pc aku kena gak virus tuh..
    mmg xleh wat ape…kena format balik la..
    kijam gile brontox tuh…

  2. Tq TQ kerana menyokong kawan ko yang tgh berkobar2 ni… kasik aku kasi lengkap make up set aku dulu ek😀 aku kasi ko kat top of the list! priority! wink wink….

    format balik? cemane aku nak format balik tuh ngan? aku cucuk kat pc pun xleh nak bace memory card tuh…. memang kuang ajau btol virus tuh… x suka! x suka!

  3. mm..aku pun tak terer sgt…
    mm kalau format balik…kire ilang la sume file ko..
    no tepon dalam tuh…
    huhu..sanggup ke?

  4. Ayoyoyoyyo… itu macam ka?
    ni nak kene pikiaq balik ni…
    aku cuba tgk lagi hr ni…

  5. ala..buat2 hilang aje no fon tu sume…

    ko selalu on bluetooth ke?…virus senang nak masuk beb.

  6. wei! mana boleh wei! xleh idup aku kalau xdak no kawan2… rase macam dunia sepi walaupun bukan slalu call kan😀

    aku jrg on bluetooth.. klu nak guna jek…
    aku dpt virus ni thru laptop laki aku… aduilah…..

  7. laptop mel x berat ke weng?
    brontox tuh suke duplicate file/folder..
    abiss berat laptop/pc woo

  8. hari tuh dia baru format balik. tapi, macam ada laie virus tuh…

    ntahlah… nampak gayanye, keras lah aku nunggu kepulangan laki aku kasi setel masalah laptop dgn hp aku.. x gheti aku… harap computer opis jer lah jawabnyer…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: