Makanan daripada Tawau

2 hari lepas merupakan hari terakhir adik lelaki sia kerja part time di KFC One U. Jadinya, kemarin petang, adik sia sudah balik ke rumah kakaknya sementara tunggu mau mendaftar untuk sem 2 di UniKL pada 7hb ni.

Disebabkan kakaknya punyalah rajin memasak, sebagai dinner, kami ke Jusco Wangsa Maju makan Nandos lagi! Hahhahhha… ya! Nandos lagik! Ini melayan orang preggy punya pasal la ni… Slrrrrrp!

Lebih kurang dekat jam 11 malam, sia dengan hubby ke KL Sentral, ambil bapak sia yang baru sampai dari Tawau (nota: bapak sia ni sangatlah independent sampai setiap kali sampai dari Tawau, mesti dia akan naik bas dari LCCT jak dan suruh kami ambil di KL Sentral. Ndak mau menyusahkan anak-anak la katanya, kecuali barangnya terlalu banyak dan ndak larat mau angkat. Itulah bapak sia. Adik lelaki sia pun mewarisi perangainya, sangat independent dalam banyak hal. Memang kagum! Ndak macam sia dengan adik perempuan sia, manja!)

Bila bapak sia datang dari kampong macam ni, mestilah banyak barang makanan yang dibawak kan? Hehehhehehehe….. memang banyak! Ni hasil kerjasama antara mamak, bapak dengan adik perempuan sia la ni (nota: ini pun sebab ndak pesan macam-macam. Kalau pesan macam-macam, bolehlah bayangkan betapa banyaknya barang yang bapak sia perlu bawak kan?)

Antara makanannya:

Amplang (Kudap-kudapan wajib untuk adik lelaki sia la ni!)

Amplang (Kudap-kudapan wajib untuk adik lelaki sia la ni!)

Kudap-kudapan jugak (ndak ingat namanya apa la)

Kudap-kudapan jugak (ndak ingat namanya apa la)

Mi Goreng segera kegemaran adik jugak! (kakak tumpang sekaki la =) )

Mi Goreng segera kegemaran adik jugak! (kakak tumpang sekaki la =) )

Keropok ikan-belum goreng lagi tu (sedap makan dengan gado-gado ni!)

Keropok ikan-belum goreng lagi tu (sedap makan dengan gado-gado ni!)

kuih sawalla (yang macam cek mek molek tu) dan kuih pisang belanda (ni fav kawan2 sia yang datang kawin sia di Tawau dulu ni, especially Anis! Memang yummy beb!)

kuih sawalla (yang macam cek mek molek tu) dan kuih pisang belanda (ni fav kawan2 sia yang datang kawin sia di Tawau dulu ni, especially Anis! Memang yummy beb!)

sayap (kepak) goreng dan perkedel (begedil) jagung. Sedap woooo!

sayap (kepak) goreng dan perkedel (begedil) jagung. Sedap woooo!

ikan baulu bakar (fav hubby dan bapak ni!). Ini ikan, semenanjung tarak jual k!

ikan baulu bakar (fav hubby dan bapak ni!). Ini ikan, semenanjung tarak jual k!

last but not least, cili api, tomato ceri, daun cemangi (kemangi) dan kacang goreng yang akhirnya menjadi ini :

sambal tomato ceri mentah (sedap makan dengan ikan bakar or sebagai pencicah makan dengan nasi)

sambal tomato ceri mentah (sedap makan dengan ikan bakar or sebagai pencicah makan dengan nasi)

Senang jak buat sambal ni.

1. Tumbuk cili api dengan garam secukup rasa hingga lumat.
2. Setelah lumat, masukkan kacang dan tumbuk lagi (jangan terlalu halus. kasar sikit).
3. Hiris-hiriskan tomato ceri dan tumbuk sekali ke dalam cili dan kacang tadi.
4. Akhir sekali, masukkan daun cemangi dan tumbuk lagi.
5. Rasakan garamnya dan hidangkan. Memang Slrrrrp hingga menjilat jari!

7 Responses

  1. kuih pisang belanda tu mmg sedap!!! aweng, post la resepi dia kt blog ni. atau dh ada sbnrnya…hehe

  2. Amplang jugalah yang pertama ba kalau makanan dari Tawau.

    p/s: salam kenal.

  3. ko nih weng….
    bikin gue lapo laaa…

  4. ikan tue mcm best jer

    ticker sy itu mmg benar

    deliver InsyAllah mid-August

    sy mmg lewat cket dr akak

    =D

  5. Anis: Blom ada dlm blog lagi. nanti aku menuntut kat mak aku dulu… hehehhe… aku rasa dalam blog UTM kita dah ada. Masalah utama bila ko nk buat kat sini, susah nak cr pisang raja. sue hr tu beria2 nak buat tp, x jd sebab masalah kat ats tuh lah… psssttt! sebab tuh, aku slalu order je dpd mak aku kat tawau😀

    Maya: Btul tuh Maya. Salam kenal jugak! Thanks sudi singgah😉

    ngan: hehehhe….. tuh la tujuannya ngan wei! rugi ko x rase pisang belanda tuh dulu ngan…..😛

    nozie: ikan tuh memang best nozie. hubby akak yang x pernah makan dan x suka mencuba tuh pun suka. tapi, dia byk tulang skit… tp, x teruk mcm ikan terubok lah… acceptable gak… rega pun reasonable…

    ic ic… ok ok..

  6. camana aku nak raseeee!!
    aku tgh pantang laaa time ko kawen tuhhhh..😛

    aku teringat mee yang ko penah masak dulu..
    ehehehe

  7. hehehhehe…… jgnlah marah….

    mee? meh lah datang umah aku, aku masak lagi utk ko… aku dah bagi sket kat sue hari tuh.. mentah je lah.. suh dia masak sendrik… ihihihihi….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: