Semoga kita sentiasa Redha

Sia sekarang tengah menunggu hubby sampai. Jammed di depan Wisma Denmark.. Jammed di Jalan Sultan Ismail la tuh.. Mana lagi kalau petang Jumaat ni.. Macam biasa lah…

Kemarin, sia sedih betul dengar berita pasal kandungan kak Aishah ndak dapat diselamatkan. Sia dapat bayangkan kesedihan kak Aishah sekeluarga. Sia berdoa pada-Nya semoga kak Aishah sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang bagi sia rasa terlalu hebat untuk dihadapi. Moga-moga ada hikmah di sebaliknya… Aminnn…

Bercakap pasal berita ni membuatkan sia dengan hubby sentiasa beringat. Iyalah, bukan apa, kita kalau boleh, semua mahu yang terbaik untuk kita dan kelaurga kan.. Memanglah kita sentiasa berdoa pada-Nya segala yang terbaik yang boleh Dia berikan… Tapi, kuasa-Nya lebih daripada segala-galanya. Hanya Dia yang mampu menentukan hitam dan putih untuk kita. Kita hanya mampu berdoa.

Sia cakap macam ni, bukanlah bermakna sia mintak yang buruk pasal diri sia dan keluarga. Tapi, sia dengan hubby hanya ingin beringat sekiranya perkara yang sama berlaku pada kami. Kami memang sentiasa berdoa diberi kesihatan, kekuatan dan segala yang terbaik untuk semua. Tapi, sekiranya Dia memberikan sebaliknya, kami berharap kami sentiasa Redha dengan segala pemberian-Nya. Bersyukur dengan pengalaman yang diberikan.. Segala rezeki dan limpah kurnia-Nya…. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Ya Allah! Hanya Engkau tempat kami meminta Ya Allah! Dan hanya Engkaulah tempat kami berharap! Engkaulah yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. Kau tabahkanlah hati kak Aishah sekeluarga menghadapi dugaan besar yang telah Kau turunkan pada mereka. Semoga ada hikmah di sebalik dugaan-Mu ini ya Allah… Amin.. Amin ya Rabbal Alamin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: