Kini Kembali

Fuh!
rasa lama betul ndak memblogging.. rindu betul…. dan akhirnya, sia kembali…. Mari sia ceritakan kisah sia kenapa lately ndak menyempat-nyempat post apa-apa entry dalam blog nih…

27.11.08
hari sia balik dari Audit di Kedah tu, petang tuh sibuk sebab kedua mertua sia berangkat ke Tanah Suci. jadi, kami sekeluarga memang sibuklah menghantar mereka ke Kompleks Tabung Haji… Semoga Allah selamatkan perjalanan pergi dan balik mereka dan dipermudahkan mereka menjalani ibadat Haji dan mendapat Haji yang mabrur.. Aminnnn….

imgp1950

Dan memandangkan malam tuh sudah penat yang amat, sia langsung ndak ada daya untuk menaip or even mengadap komputer pun.

28.11.08
Sia masuk ofis tapi sangat sibuk sebab kenak attend 1 meeting jadik bidang terjun. Separuh hari habis macam tuh jak. Petang, buat claim sebab takut terlambat lagi hantar untuk bulan ni. Habis 1 hari bekerja tanpa berbuat apa pun.

29.11.08
Jam 10 pagi kami gerak ke felda Kerayong, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang, meghadiri majlis kawin ex-officemate merangkap ex-housemate sia kawin… Tahniah cik Pah! Semoga kekal ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki dan diberkati oleh-Nya.

imgp1970
Mana pengantin lelaki? Hehehe… Kami memang gila kuasa… Hohoho…

Kami ke sana lalu Bukit Putus. Fuh! Patut orang cakap jalan ni bahaya. Memang bahaya beb! Jalan dia punya selekoh hampir 360 darjah tuh (Exaggerate pulak si amisah ni🙂 ). Tapi, memang betul tahu.. Memang jalan yang sangat berisiko.

memandangkan perjalanan pergi dan balik mengambil masa lebih kurang 4 jam setiap satu. kami sampai di KL balik dekat-dekat jam 6 petang dan terus ke b’day party Nabeel, anak ex-housemate sia jugak masa di UTM, Kak Fynn… Tahniah baby Nabeel! Kerana terlalu excited sebab b’day party ni macam ala-ala re-union budak rumah kami (minus puan dongan. Jahat takmo angkat phone! merajuk ah!), lupa pulak ambik gambar bday boy yang cute miut tuh… shian b’day boy kenak rashes hari tuh.. merah-merah mukanya.. yet, still comel!

3070260329_d78fb83b791

3071070660_6b9769c32d1
cantik kan birthday cake baby nabeel?
(gambar cilok dari sini dan sinun)

Dalam perjalanan balik, sia dengan hubby singgah R&R Awan Besar makan sate, sebab lapar yang amat. Siap bungkus lagi untuk dibawak balik ke rumah Opah. Ehehhe… jam 9 malam singgahkan sate di rumah opah sebelum kami balik mandi dan pack barang sia sebab besoknya sia kenak pigi Terengganu pulak untuk attend another audit…

Dan sekali lagi, kerana kepenatan, sampai jak rumah Opah, sia baring dan terus terlena ndak hingat… Penat woooo….

30.11.08
Tengahari hubby hantar ke KL Sentral sebab flight sia jam 2.50 petang. Penat belum habis lagi nih  Jadinya, dalam flight, sia memang tidur mati langsung ndak sedar. tapi sempat jugaklah dapat kacang MAS yang best tuh sebagai ole-ole untuk laki sia (Nota: Dia suka betul tuh!) malam sia dengan roommate sia, kak Sukma tidur awal sebab ndak ada aktiviti yang menarik mau dibuat. Lagipun, Terengganu kan hujan, musim tengkujuh…

01.12.08
Kami buat audit dan alahamdulillah selesai tengahari. Sebab cuaca ndak seberapa bagus, kami ndak pusing site lama-lama. Angin bertiup kuat sebab site KT Airport tuh kan betul-betul di tepi laut (tanah tambak lagik). Sejukkkkk…….. masuk jak kami ke kedai makan untuk makan tengahari, terus hujan lebat ndak berhenti-henti… Ndak memutuskan semangat kami, kami teruskan jugak plan kami ke Pasar Payang, walaupun sia ndak ada pun beli apa-apa… Biasalah kan, sudah sampai mestilah jejakkan kaki. Syarat jak  Nasib baik ada Mie, driver yang baik hati melayan karenah kami. Terima kasih En. Mie!

Malam, macam malam tadi, kami makan di Café dalam hotel jak. Malangnya, makanannya semua ndak kenak dengan selera sia. Sia order 2 menu dan kedua-duanya hancus! Balik bilik, sia order room service pulak. Pun sama! Pendek kata, makanan di Hotel Primula ni memang hancur! Sudahlah mahal mau mampus! Ndak berbaloi langsung!

02.12.08
Awal pagi lagi kami siap-siap mau balik KL. Alhamdulillah kami dapat flight pagi instead of petang sebab takut petang flight akan delay due to cuaca yang ndak menentu (ribut sana sini, hujan, banjir dan angin kuat di airport).

Satu lagi info sia mau share pasal hotel yang sia menginap ni, front desk officernya tersangatlah slow ndak hingat sampai membuatkan sia dengan roommate sia naik darah masa kami check out tuh. Kenapa? Panjang ceritanya dan sia malas mau cerita. Buat sakit hati jak! Mintak-mintak, inilah kali pertama dan kali terakhir sia akan jejakkan kaki ke hotel yang paling ndak berbaloi nih! Panas hati betul!
P/s: rupa-rupanya family mertua sia pun baru pigi hotel 2 or 3 months back. Dan diorang pun cakap benda yang sama pasal hotel ni. am wondering macam mana hotel ni boleh jadi hotel termahal di KT? Sebab apa hah? Dan sia ndak sabar-sabar mau tengok komen pelancong dalam tripadvisor… seriously need BIG improvement!

Oh! ya, hari ini (02 Dis 2008) merupakan b’day adik lelaki sia. Happy b’day yang ke-18 adik Ahmad! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan, diberkati dan dipermudahkan menjalani kehidupan adik di masa-masa akan datang…. Aminnnnn….. Kak ica dengan abang Mel sayang adik sangat2!

4 Responses

  1. aha..dah jumpe jugak akhirnya..ada blog jugak ek aweng…hehehh

  2. ehehehe….
    ble tukar-tukar citer lepas ni😀

  3. awengg!! sorry…huhu…
    mase tuh hanpon di tempat lain….
    gue di tempat lain…
    muahs! sayang cik aweng…
    sorry yer..🙂

  4. huh!
    ni kena rasuah belanje makan baru berenti majuk ni😥

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: