Ramadhan ke-30

Hari ini hari terakhir puasa. Giliran mamak sia hantar makanan ke masjid untuk buka puasa.

Memandangkan mamak sia sudah ndak sihat selama 3 hari, sia dengan adik perempuan sia telah mengambil alih tugas untuk menyediakan hidangan berbuka tersebut. Dengan bantuan kawan baik mamak, makcik Ecce dan jugak nenek saudara sia. Nasib baik. Kalau ndak, memang sia ndak tahu macam mana lah keadaan hidangan tuh. Sia mengaku, sia memang langsung ndak yakin untuk memasak banyak-banyak macam ni, sebab sia memang bukan pandai betul bab masak-memasak ni. Musti ada pembantu (buku resepi) baru boleh jadi. Itupun kadang-kadang ndak menjadi… hehehhehe…

Kami hantar mi goreng berlauk telur rebus goreng dan air teh. Makcik ecce masak mi goreng tu. Memang sedap banget! Banyak tuh. Dapat lebih kurang dekat 100 tapau gitu! itupun ada lebih lagi.. Iyalah, 3 beskom (besen) bah tuh.

Selain itu, sia dengan adik sia sempat jugak masak ayam masak lengkuas untuk hidangan hari raya besok. Hidangan ni merupakan hidangan wajib keluarga kami setiap kali hari raya. Ala-ala rendang ayam la lebih kurang, Cuma bezanya guna lengkuas.

Jam 4 petang begitu, sia dengan hubby keluar pigi hantar makcik pakcik sia balik ke rumah nenek sia dan bergegas balik ke rumah untuk buka puasa.

Jadi, hidangan buka puasa kami yang terakhir adalah mi goreng berlauk sambal telur rebus, ayam masak lengkuas, kuih karipap dan kuih popia (home made oleh jiran). Memang sedap sehingga menjilat jari!

Malam, kami bersilat lagi di dapur sediakan hidangan untuk kenduri besok.

adik perempuan dengan bapak sia sibuk membuat tumbuk. Ini pun merupakan hidangan wajib keluarga kami setiap kali hari raya. Hidangan ni lebih kurang macam lemang la tapi, bezanya ndak guna buluh dan tidak dibakar. Cuma dibungkus dengan daun pisang dan direbus.

Sia pulak ambil alih tugas buat ayam masak merah. Kali pertama ni seumur hidup si buat ayam masak merah ni sendiri. Hasilnya, not bad jugak untuk 1st timer!🙂

Mintak maaf banyak-banyak sebab ndak ada gambar hidangan yang lezat-lezat ini… Sangat-sangat sibuk yang amat sampai terlupa! Tahun-tahun adakan datang ok🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: