Projek Jem Tat yang huRu HarA

“Kalau penat, berehatlah. Jangan paksa diri” itulah nasihat mamak sia setiap kali dia telefon. Dan tiap kali tuh jugaklah sia akan jawab “Ok mak. Mamak jangan risau ok!”

Tapi, kemarin sia ndak mendengar nasihat mamak sia. Macam sia cakap dalam entry sia yang sebelum ni, siap terlampau penat hari Jumaat tu. Tapi, sebab sudah dalam perancangan, sia teruskan jugak projek membuat jem tat sia malam tadi. Hubby pun ada nasihat supaya buat jak hari sabtu. Tapi, sebab takut ndak sempat siap, sia tetap jugak dengan pendirian sia. Dan akhirnya, sia telah merosakkan program membuat jem tat sia tahun ini.

Kenapa? Sedang sia campurkan mentega dengan tepung dalam besen kecil, tiba-tiba sia terlupa pulak berapa banyak sudah tepung yang sia masukkan. Sia betul-betul lupa.. Mau patah balik kira, ndak boleh la pulak, sebab tepung dengan mentega tu sudah bercampur. Adui lah..Adui lah… “Ala, hentam jaklah” dalam hati sia.

Lepas habis meramas mentega dengan tepung dan minyak sapi tu, baru pulak sia perasan tepung ndak cukup! Tuh la, tamak betul. Biasanya sia buat 2 resepi jak. Tapi, sebab waktu keluarkan mentega tuh ternampak lagi ada mentega lain lebih, sia buatlah semuanya, ada lebih kurang 2.8 resepilah maksudnya. Adui… Putus asa betul lah… melihatkan sia yag sangat kecewa tu, hubby sia pun offer tolong sia pigi belikan tepung lagi. Sia dengan berat hati “Ok.. Boleh la… Thanks abang!” (sebab sebenarnya ndak mau sambung sudah patutnya). Terima kasih Abang!

Selepas 2 hiccups ni, satu lagi masalah timbul. Macam sia cakap dalam entry sia sebelum ni, sia kan rancang mau guna jem tart presser kali ini. Tahu apa jadik? Ndak berjaya. Doh tu asyik melekat jak di presser tu.. Bengang betul. Kali ini, sia betul-betul macam mau buang jak doh-doh tuh ke dalam tong sampah! Betul-betul putus asa. Sebab sia memang ndak bersedia dengan barang-barang in case sia kena kembali ke bentuk tradisional (sebab sia langsung ndak bulat-bulatkan jem dan langsung ndak beli any paper cup pun). Tapi, sekali lagi hubby sia jadi penyelamat sebab memujuk sia supaya teruskan jugak dengan plan sia tu…

Sia pun dengan berat hati mulakan lah proses membulat-bulatkan doh dan isikan inti jem sampailah jam 4.30pagi.. Masa ni sia betul-betul macam orang mengigau. Mana ndaknya, mengantuk bah sudah ni… bercakap pun macam orang apa jak… Boleh imagine ndak? Sia pandang hubby sia “Abang, saya betul-betul mengantuk dan tak larat dah ni”. Macam biasa, hubby sia pun jawab “tak apalah. Sambung esok jer lah.” Fuh! Sia pun apa lagi, cepat-cepatlah kemas-kemas apa yang patut dan pigi tidur sampailah pagi…

Jam 10 pagi, sia sambuung balik isi inti jem tu. Sekalinya, satu masalah lagi timbul… jem ndak cukup la pulak! Apa pasal la tahun ni huru-hara betul daa… Malas mau kasi bangun hubby sia yang nyenyak tidur, sia guna jak jem biasa yang guna untuk makan roti tuh.. Hahahhaha.. Punyalah susah mau bungkus. Lepas habis semua proses membungkus, sia bakar semua tat sampai jam 4.30 petang. Alhamdulillah…..

Di bawah ni ada gambar-gambar projek sia yang ndak berapa menjadi nih:

MEMBUAT JEM TAT


Mengadun doh, ndak terlalu keras atau terlalu lembut (lembut tetapi tidak melekat di mangkuk)


Doh yang telah dibulat-bulatkan


leperkan doh yang telah dibulat-bulatkan


Sudukan inti ke dalam


Bulatkan semula doh yang telah diisi inti sehingga menjadi seperti di bawah ini

Lepas tu, guntingkan sikit di permukaan atas jem tat tu dan sapukan kuning telur. Kemudian, bakar sampai masak.

Hasilnya,

Lepas siap projek sia yang huru-hara kali ini, sia ada lesson to learn yang mahu sia kongsi bersama:
1. Kalau merancang mau buat seorang diri, janganlah sekali-kali tamak sampai mau buat banyak resipi sekaligus. Sebab, proses mau buat jem tat ni bukan senang wei! Tedious dan memerlukan kesabaran, lagi-lagi tang membungkus jem tuh.. Memang makan masa!
2. Jangan sekali-kali gunakan jem biasa, sebab bila bakar tat tuh, teruk tat tuh akan penyek sebab jem yang cair tu akan mengalir keluar. Sia sudah buang semua tat yang sia isi dengan jem biasa tu. Langsung ndak menjadi!
3. Gunakan paper cup untuk membakar tat ni. Sebab, tat ni sangatlah lembut sampai, ianya akan melekat di jari dan talam pembakar walaupun sudah masak. Jadi sangat susah mau memindahkannya daripada talam pembakar ke talam penyejuk dan ke dalam balang. Jelek betul rupa tat tu nanti. Percayalah.
4. Ndak payah mimpi mau gunakan jam tart presser untuk bentukkan tat ni, sebab memang ndak sesuai sebab dohnya terlalu lembut. Kamurang akan end up dengan tension sebab doh asyik lekat pada acuan atau akan end up dengan hasil tat yang sangat teruk (terlalu keras atau langsung ndak sedap).
5. Jangan sekali-kali gunakan putih telur sebagai ganti kuning telur untuk disapukan di atas tat ni, sebab lepas bakar, kuning tat tu akan jadik ndak cantik, sebab ndak berkilat.. Sia terpaksa gunakan putih telur kali ni sebab telur di rumah sia pulak habis…. Adui lah… banyak betul masalah… Ni contoh tat yang ndak berapa berkilat sebab sia gunakan putih telur yang dititiskan pewarna kuning (tat yang bahagian tengah tuh yang ndak berapa berkilat).

6. Gunakan cawan biasa untuk mengukur tepung (sekirannya kamurang ndak ada penyukat). nasihat ni sebagai panduan kepada puan Mastur yang telah menanyak sia pasal sukatan tepung menggunakan cawan ni. Contoh cawannya ada di bawah ni.

7. Dan yang terakhir sekali, jangan sekali-kali buat projek tat ni bila terlalu penat. Ia hanya akan membawa banyak masalah dan menyusahkan diri sendiri (macam sia sekarang nil ah.. Ndak ada feel!).

Jadi, sia ucapkan good luck kepada kawan-kawan yang belum mulakan projek ni… Belajar daripada kesilapan kan….