Kisah Jem Tat

Ah! ndak kisahlah pasal engineer tu… sebab…
sia ada benda yang lebih menarik…
tart nenas🙂

sia beli tart ni masa temankan kak Lynn (off mate) sia pigi beli kuih di kantin. Nampa macam sedap jak.. Lepas tu, siap tulis di situ, ori recipes guna butter cup. Itu yang lebih tertarik tu…

Sekali bukak puasa tadi excited la mau makan… Hmmmm…. mamak mertusa sia cakap ok. Sia? Ok lah… Sia suka pes jem nenas tu jak rasanya. Dia punya kulit, kurang… Sedap lagi kulit tat nenas yang sia buat (masuk bakul, angkat sendiri) ehehhehe… eh! betul bah ni…

Sia dapat resepi ni daripada kak Azyantee (ex-off mate, yang jugak teman se “cubicle” masa di consultant dulu). Kakak ni memang pandai betul kalau bab masak memasak ni… dengan dia punya kawan baik, yang kami panggil amoi (chinese daripada miri, sarawak)… Hehehehe, ngam la duduk 1 row tu, 1 orang dari KL, 1 orang dari sabah, dan 1 orang lagi dari sarawak. Eh! melalut pulak… Sia mungkin patut buat 1 entry pasal kakak-kakak kesayangan sia di KTA Tenaga S/B pada masa akan datang….

Ok, balik pada cerita tat nenas tu. Sebab terlalu suka dengan tat nenas yang kakak ni buat, sia dapat resepi mamaknya ni tahun 2004 kalau ndak silap. Memang ringkas. Masa tu, sia tinggal rumah bujang dengan ex-UTM sia, Icha dengan Czah. Punyalah excited kami mau sambut raya, kami pun kongsilah beli oven letrik yang kecik tu, semata-mata konon mau buat kuih raya. Jadi, antara kuih raya yang kami cuba, tat nenas ni lah…. Hahahhaha… Lucu betul hasilnya.. Sia ndak ada gambar jak mau kasi tunjuk betapa ndak jadinya tat tu. Sebenarnya, bancuhan sudah betul, cuma oven yang digunakan untuk membakar tu ndak berapa sesuai.

Bukan tu jak yang lucu. Sebagai jiran rumah flat yang baik, kami pun bawak lah ke rumah jiran sebelah. Rasanya, kesian makcik tu terpaksa terima hasil keikhlasan hati kami. Adui la!

Lepas tu, punyalah mau kasi orang rasa, sia bawak pulak ke rumah bf sia (rumah mertua sia sekarang ni). Rasanya, diorang semua mau jaga hati sia jak makan seorang satu. Lepas tu, ndak tambah sudah lah.. Terkulat-kulat… Last last, sia abiskan sendiri… Ahahahhaha… Pecah perut jugak kalau sia mau ingat….

Hehehhehe…. Lepas insiden tu, sia ndak putus asa jugak. Sia buat lagi raya tahun berikutnya dan tahun berikutnya. Tapi, buat di kampung la masa balik raya. Sebab di rumah bujang ndak ada oven. Lebih menjadi tapi belum 100%. Mungkin 70%. Tapi, sedap jaklah sia rasa. Sia jugaklah yang abiskan sendiri. Punyalah gila tat nenas.

Lepas sia kawin, tahun 2007, raya pertama bersama suami, sia ndak juga lupa buat tat ni. Siap suruh mamak sia belikan oven konvensional lagi dari Tawau (murah dan itu jak oven yang sia pandai guna buat masa ini. Lagipun, mau guna untuk bakar kuih raya jak pun). Hubby sia la jadi mangsa kenak tolong gunting kasi jadi bentuk kulit nenas. Oh! ya, sia lupa mau cerita, bentuk tat yang sia buat, bukan macam yang dijual di luar, tapi bentuk konvensional (bentuk nenas tapi diletakkan dalam paper cup). Sia ndak ada gambar la pulak.

Hmmm…. tahun ni ingat mau buat perubahan la.. macam mau buat guna pam kuih tuh la (kalau ada lah). Mau buat tat nenas yang inti dituang jak atas paste kulit tat tu. Senang sikit dan jimat masa dan kos (ndak payah beli peper cup). Lepas tu, kalau boleh mau cuba buat jem nenas sendiri la pulak (selama ni beli jem yang siap jak🙂 ). Nanti sia buat sia akan post kan hasilnya pada entry yang akan datang. Ok!

Oklah penat sudah menaip dan mengomel… Jumpa lagi pada entry akan datang. Zzzzzzzzzzzzzzz…..

3 Responses

  1. sy pown dh beli tart pre-raya sbb sy tak tau buat kueh…cian=(. sy beli 1 kat medan mara kat BERISI CAFE..mmg yummy, isi luar dan dalam balance.
    entry b4 ade citer psl 44 yg tut tue kan. kat opis sy pown ade sorg yg plusminus mcm tue jugak..xsuka lah dgn die=(
    ASTGHFIRULLAH

    selamat berpuasa

  2. Amisah, share la resipi tart nenas Amisah yang mengancam tuh..Bole la Kak Ayu try kat London nanti hehehehehe

  3. Nozie: iye ker? ni tengah mencari jugak ni… tart yang buat dpd telur…
    heh! memang diorang nih… astaghfirullah….
    tq

    kak ayu: ok, no problem. nanti weekend bila sye dah balik umah, sye carik buku resepi… ok!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: