Sabah Tanah Airku

Sempena kemerdekaan, sia mau kongsi sikit info dan sejarah mengenai negeri kelahiran sia… Sabah Tanah Airku…

BENDERA DAN JATA

Terdapat 3 bendera Sabah digunakan sejak Sabah menyertai Persekutuan Tanah Melayu.
Pertama (31 Ogos 1963 – 31 Disember 1882): lambang Gunung Kinabalu berlatar belakang warna biru. 4 jalur iaitu merah, putih, kuning dan biru.
Kedua (1 Januari 1982 – 16 September 1988): mengandungi 2 jalur sahaja iaitu biru dan putih serta tiga segi berwarna merah di sebelah kiri.
Ketiga (16 September hingga kini): menggunakan semula lambing Gunung Kinabalu yang pertama.

Lambang Bendera.
– Dua tangan menjunjung bendera melambangkan perpaduan dan kerjasama rakyat berbilang kaum demi kemajuan dan kejayaan.
– Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah
– 5 jenis warna melambangkan 5 bahagian di Negeri Sabah
– Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman
– Putih melambangkan kemurnian dan keadilan
– Warna merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan
– Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran
– Warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama

SEJARAH
Nama Sabah telah digunakan sejak sebelum kedatangan British ke Pulau Borneo lagi. Pihak British menukarkannya sebagai Borneo Utara dan digunakan secara rasmi semenjak tahun 1881. Sabah telah digunakan semula pada tahun 1963 setelah Sabah masuk ke dalam Malaysia.

Terdapat banyak variasi bagaimana nama Sabah diperolehi. Sabah pernah tercatat dalam puisi Java Nagaraketagama yang ditulis oleh Prapancha pada tahun 1365. Nama Sabah pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh pedagang yang mengembara di antara Pulau Sulu dan Brunei.
Dipercayai juga nama Sabah diperolehi daripada tanaman pisang yang dipangggil ‘Pisang Saba’. Pada masa sekarang ‘Pisang Saba’ dikenali sebagai ‘Pisang Menurun’. Jenis pisang ini biasa tumbuh di sepanjang Pantai Barat Sabah. Dialek orang tempatan yang menyebut ‘saba’ seperti menyebut ‘Sabah’ telah menyebabkan nama Sabah diperolehi.

Sabah merupakan negeri kedua terbesar selepas Sarawak. Pentadbiran Sabah dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu: Bahagian Pantai Barat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, Bahagian Pedalaman dan Bahagian Kudat. Sabah telah ditakluki oleh Kesultanan Brunei pada abad ke-17. Bagaimanapun, apabila Brunei dilanda perebutan kuasa dari tahun 1662, Sultan Muyiddin menyerahkan kawasan Timur Laut Brunei kepada Sultan Sulu, akibatnya Sabah diperintah oleh 2 kuasa, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.

Kemudiannya, Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun, hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaannya dalam Persekutuan Malaysia berserta Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963.

SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU

Sabah terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500km persegi dengan pantai sepanjang 14,400km dengan Laut China Selatan di Pantai Barat, Laut Sulu di Timur Laut dan Laut Celebes di sebelah selatan.

Sabah adalah satu kawasan berbukit-bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101m.

Sabah terdiri daripada 5 bahagian pentadbiran yang dipanggil ‘Bahagian’ iaitu: Kudat, Pantai Barat – Utara dan Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau.
Ekonomi negeri Sabah bergantung kepada eksport komoditi utamanya seperti minyak kelapa sawit, koko, getah, petroleum, kayu balak dan papan lapis. Sektor pengeksportan membentuk 70% daripada jumlah pengeluaran. Pada masa kini, Negeri Sabah merupakan pengeluar utama minyak sawit dan koko di seluruh Malaysia.

Selain daripada sector kayu-kayan dan pertanian, sektor perkilangan dan pelancongan juga berkembang pesat dan bertambah penting sebagai sumber ekonomi negeri Sabah.

LAGU NEGERI: SABAH TANAH AIRKU

Sabah tanah airku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda, pemudi, semua marilah
Bangunlah bersatu semua
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: