Pemandu di Malaysia

Hari ini hari last untuk Module 2 kursus SHO di Bangi ni… Sekarang sedang rehat panjang🙂

Sia mau kongsi pasal sikap pemandu kereta di Malaysia ni…

Sepanjang sia kursus di Bangi ni, hari-hari sia lalu MRR2 dan PLUS highway pigi balik dari Keramat ke Bangi…

Satu yang sudah lama sia perasan ialah sikap pemandu di Malaysia ni yang bagi sia sangat mengecewakan… paling ketara boleh kita tengok kalau menggunakan highway seperti MRR2 dan lebuhraya persekutuan…

Memandu Perlahan di Lane Paling Kanan (Pembolot jalan)

Memanglah had laju jalan-jalan di Malaysia ni sekitar 80-90km/j jak… tapi, bukanlah bermakna kita boleh memandu di lane kanan dengan kelajuan tu… Bagi sia, itu memang menyusahkan orang dan membebankan pengguna lain… Kadang-kadang, kita mana tahu pemandu lain mau cepat atau ada kecemasan. Jadi, kalau kita memandu perlahan dan duduk di lane paling kanan, di lane mana lagi orang yang ada kecemasan ni boleh memandu?

lagi satu, sikap pemandu macam ni jugaklah yang banyak menyebabkan jalan-jalan di Malaysia ni sesak teruk… Iyalah… kalau memandu perlahan macam tu, orang lain yang mau laju pun susah mau potong.. lagi-lagi kalau jalan tu ada 2 lane jak… Lane kiri memang sudah perlahan… Tu yang banyak menyebabkan kemalangan tu.. Sebab orang-orang yang dalam kecemasan ni terpaksa memotong kiri untuk memotong kereta-kereta yang perlahan ni… Patutnya, kita haruslah bertimbang rasa. Kalau rasa mau pandu perlahan, duduklah di lane kiri. bila mau memotong, barulah masuk lane kanan… Atau, kalau rasa ndak mau jugak duduk lane kiri tu, ok, duduk lane kanan.. Tapi, bila tengok ada kereta di belakang yang nampak macam lebih laju daripada kita, masuk lah lane kiri dan bagi laluan pada kereta yang di belakang tuh… Boleh kan kalau buat macam tu? Bukan rugi apa-apa pun sia rasa…

Malas Mau Pasang Lampu Signal.

Ini lagi satu… banyak betul pemandu yang macam ni.. Bukan kah semua kereta memang dibekalkan dengan lampu signal? Apalah salahnya kalau kita gunakan lampu-lampu signal ni bila mau masuk simpang terutamanya… Bukan apa.. Ini pun boleh membahayakan pada pemandu lain… Pemandu lain bukannya boleh baca apa yang ada dalam fikiran kita… Sebab itulah kereta tu dijual dengan dibekalkan lampu signal.. Untuk memberi isyarat kepada pemandu lain apa yang bakal kita lakukan…

Sia ingat banyak betul kes kemalangan yang jugak disebabkan oleh sikap pemandu yang malas mau pasang lampu signal ni… Terutamanya di simpang dan bila mau memotong kenderaan lain… Jadi, kita sama-samalah beringat supaya gunakan lampu signal ni sebaik-baiknya…

Pembuli Jalan…

pembuli jalan pun banyak kita jumpa di jalan… Pagi ni pun sia ada jumpa satu waktu memandu di PLUS highway…. Masa tu, sia memandu di lane kanan, bila sia nampak kereta tu di belakang, sia teruslah masuk lane kiri, kasi dia jalan… Itupun, sebelum sia masuk lane kiri tu, bukan main di cucuk rapat gila daripada belakang.. Sabar jaklah kan..

Lepas sia masuk lane kiri tu, ada lagi satu kereta di depannya… Kesian pemandu tu.. BUkan apa, dia memang sudah pasang signal mau masuk lane kiri, tapi lane kiri tu penuh, so, memang lambat lah dia boleh masuk lane kiri tu… Kereta yang laju tu, sekali lagi cucuk memang macam mau berlanggar…. Bukan mau bertimbang rasa… Kalau kemalangan, siapa yang susah? Mana lah tahu orang yang di depan tu pemandu baru P, sekali dia gabra ka kelam kabut kah, dan tiba-tiba tekan brek? apa akan jadik? kan masalah lagi tu… Lu pikirlah sendiri…

Memotong Q

memotong Q ni memang banyak berlaku jugak.. memang truly Malaysian… paling banyak jumpa di tempat-tempat sesak macam masa mau bayar tol, mau masuk parking, mau masuk simpang… dan banyak lagi… bila kita yang terkenak, memang macam geram kan?

Bersabar dan berbarislah di barisan yang betul.. Ingat, orang yang kita mau potong tu berangkali lebih lama lagi Q daripada kita di barisan tu… Kesianlah dengan orang tu.. Bertimbang rasalah sikit…

Kecuali kita memang datang daripada simpang dan masuk jalan utama, mungkin kita kenak memotong Q. yang ini kes lain lah… Tapi, pun kita patut berhemah dengan memasang signal yang kita mau masuk jalan utama tu.. dan lebih baik lagi kalau kita angkat tangan pada orang yang kita mau potong tu.. Sekurang-kurangnya, mungkin sejuklah jugak hati orang tu mau kasi kita potong… nampaklah kita menghormati pemandu lain… Bukan main masuk jak dengan mukak begayak, mentang-mentang bawak kereta besar….

Bagi sia, senang jak… layan pemandu lain macam mana kita mau pemandu lain layan kita… Senang!

p/s: Menurut statistik (daripada website www. panducermat.org.my), bilangan kemalangan di Malaysia telah bertambah sebanyak 100% daripada tahun 162,491 kemalangan (tahun 1995) kepada 363,319 kemalangan (tahun 2007). Kematian pun bertambah daripada 5,712 kematian (tahun 1995) kepada 6,282 kematian (tahun 2007). Jadi, marilah kita sama-sama cuba jadi pemandu yang berhemah di jalan raya… dengan harapan statistik ini akan menurun pada tahun-tahun yang seterusnya… Dan jangan lupa, Ingatlah orang yang tersayang🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: